spot_img
spot_img

Gardenia keluarkan mi segera

spot_img

PETALING JAYA: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan mi segera yang diberi nama NuMee Mi Segera.

Jenama mi segera Gardenia ini dikeluarkan dalam tiga perisa klasik kegemaran ramai iaitu Kari, Ayam, dan mi Goreng Perisa Asli.

Syarikat gergasi pengeluar roti itu telah menjadi peneraju bagi pelbagai produk roti sejak lebih tiga dekad lalu, dengan menawarkan lebih 50 jenis produk berkualiti.

- Advertisement -

Rangkaian Gardenia NuMee Mi Segera bertujuan memberi pilihan baharu kepada rakyat Malaysia agar dapat memenuhi keinginan mereka menikmati mi segera, menurut kenyataan Gardenia.

Gardenia berkata, NuMee akan dijual di seluruh Semenanjung Malaysia pada harga RM4.80 Kari 5 x 76g, RM4.80 Ayam 5 x 75g dan RM5.00 Goreng Asli 5 x 82g.

Sepanjang tempoh promosi, orang ramai boleh mendapatkan Mardenia NuMee pada harga RM3.99 untuk semua perisa.

- Advertisement -

Foto : Daily Makan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img