spot_img
spot_img

Pelajar Melayu jangan malu pertahan DEB

spot_img

Putrajaya 8 September : Tun Dr Mahathir Mohammad menyeru pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi supaya tidak berasa takut dan malu apabila pelajar bukan Melayu mempersoalkan tentang keadilan dasar itu.

Menurut Tun Mahathir, terdapat ramai penuntut Melayu yang merasa serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu. Contohnya, agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.

Tun Dr Mahathir mahu semua rakyat Malaysia mengimbau kembali sejarah DEB untuk memberi keadilan dalam ekonomi dan pendidikan kepada golongan bumiputera. Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negera. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti, tambah beliau.

- Advertisement -

Hanya dalam universiti tempatan milik Kerajaan sahaja yang penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu. Hampir semua dari mereka dapat ke universiti kerana diberi biasiswa. Jika tidak jumlah orang Melayu akan amat berkurangan.

“Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi. Ada sebilangan yang sedikit sahaja Melayu yang mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti”, katanya.

Beliau mengingatkan orang Melayu bahawa hari ini terdapat ramai ahli professional Melayu adalah disebabkan mereka mendapat biasiswa atau pinjaman.

- Advertisement -

Namun Tun Dr Mahathir mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya berjaya dalam bidang pelajaran tetapi tidak di bidang ekonomi di mana pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang. Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak.

Oleh itu, Tun Dr Mahathir berkata penuntut Melayu tidak perlu berasa serba salah kerana ramainya penuntut Melayu yang dapat biasiswa.

Cara memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu adalah berkesan untuk mengelak jurang pelajaran antara bukan Melayu dan kaum Melayu.

Foto : NST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img