spot_img
spot_img

UMNO mesti dikuburkan

spot_img

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan Umno sebagai parti yang mengamalkan rasuah secara keseluruhan dan diperingkat yang tidak dapat diselamatkan lagi, walaupun sabitan dan hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin dapat membersihkan parti yang pernah dipimpinnya itu.

Tun Dr Mahathir menulis dalam catatan blognya bahawa Umno bukan lagi parti yang sama yang memperjuangkan orang Melayu, kerana beliau menyeru agar pengundi menguburkan parti Melayu itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir, yang mengetuai parti itu sebagai presiden paling lama berkhidmat, mengisytiharkan bahawa Umno tidak dapat diselamatkan lagi dan satu-satunya cara untuk menamatkan rasuah yang dilakukan oleh pemimpinnya adalah dengan membunuh parti itu sepenuhnya.

- Advertisement -

“Budaya Umno hari ini bukanlah budaya parti ketika ia baru ditubuhkan. Ini bukan Umno lagi,” katanya.

Beliau menulis: “Umno hari ini telah berubah menjadi parti rasuah secara total — daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi. Barisan tertinggi Umno kini diiktiraf di seluruh dunia sebagai perasuah, pencuri berbilion wang awam, penyalahgunaan kuasa, perosak yang melumpuhkan tadbir urus dan Umno sendiri.”

UMNO kalah pada pilihan raya umum ke 14 lalu kerana skandal rasuah pemimpinnya dan salah urus ekonomi mendorong perubahan besar undi yang memberikan kemenangan buat pembangkang menerajui kerajaan buat pertama kali

- Advertisement -

Namun parti itu kini kembali berkuasa akibat permainan ‘kuasa pintu belakang’ ataupun yang popular digelar sebagai ‘Langkah Sheraton’.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sendiri kini berdepan perbicaraan atas beberapa pertuduhan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit.

Walaupun beberapa pemimpin parti cuba menjauhkan diri daripada Zahid dan Najib, kebanyakan dalam Umno tetap menyokong.

Dr Mahathir mendakwa rasuah diamalkan secara meluas sehingga ke majlis tertinggi parti dan dilakukan secara terang-terangan dengan sokongan tersirat penyokong akar umbi.

“Walaupun ahli Umno boleh memecat pemimpin ini, mereka tidak memanfaatkan perlembagaan Umno untuk membersihkan parti. Sebaliknya, mereka terus menyokong presiden yang akhirnya akan disabitkan kesalahan dan dipenjarakan juga,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img