spot_img
spot_img

Secara diam Arab Saudi – Israel mula jalin hubungan

spot_img

Beberapa perkara mengejutkan telah berlaku di Tanah Arab berhubung hubungan mereka dengan rajim Zionis. Perdana Menteri Israel yang paling lama berkhidmat telah muncul di televisyen milik kerajaan Arab Saudi dari Tel Aviv. Kemudian, seorang warga Israel-Amerika mengisytiharkan dirinya sebagai ketua rabbi (ketua agama Yahudi) Arab Saudi selepas tiba dengan visa pelancong di negara itu. Manakala dikhabarkan ada sebuah keluarga Arab Saudi yang terkenal melabur dalam dua syarikat negara Israel dan tidak peduli langsung untuk menyembunyikan urusniaga itu.

Semua peristiwa baru-baru ini tidak dapat dibayangkan dahulu. Tetapi hubungan ‘secara diam’ antara Arab Saudi dan Israel ini semakin kelihatan apabila beberapa perkara di Timur Tengah dengan berhati-hati memberi laluan kepada hubungan ekonomi dan keselamatan yang pragmatik. Putera mahkota Arab Saudi dan pemimpin de facto Mohammed bin Salman sedang berusaha untuk mempercepatkan rancangannya untuk membaik pulih ekonomi yang bergantung kepada minyak semata-mata, manakala Israel berminat untuk membina kejayaan diplomatik dengan negara-negara Arab yang lain.

- Advertisement -

“Kami tidak melihat Israel sebagai musuh, sebaliknya sebagai sekutu yang berpotensi,” kata Putera Mohammed awal tahun ini.

Selama beberapa dekad selepas penubuhan Israel pada tahun 1948, Arab Saudi dan jirannya di Teluk Parsi menjauhi negara Yahudi itu sebagai solidariti untuk rakyat Palestin yang diusir untuk mewujudkan negara Israel. Pemikiran atau sebarang usaha untuk melakukan perniagaan dengan Israel adalah terkutuk bagi dunia Arab dan Islam keseluruhannya. Malah hari ini, majoriti negara-negara Teluk masih menunjukkan penentangan penerimaan Israel sebagai rakan. Mereka berpendapat elit pemerintah Arab Saudi mempunyai kepentingan dan agenda sendiri di dalam memupuk hubungan bersama Israel.

Kebiasaannya rakyat Israel melakukan perjalanan ke Arab Saudi dengan menggunakan pasport negara ketiga, atau menguruskan perniagaan mereka di Arab Saudi melalui entiti luar negara.

- Advertisement -

Sebagai contoh syarikat Qualitest ialah syarikat kejuruteraan dan ujian perisian Israel yang dimiliki oleh pelabur antarabangsa pada 2019. Ia tidak beroperasi secara langsung di Arab Saudi, kata Shai Liberman, pengarah urusan untuk Eropah, Israel dan Timur Tengah, tetapi syarikat itu menjual produknya kepada firma lain yang kemudian menggunakannya di negara Arab Saudi.

Pelaburan juga menuju ke arah yang bertentangan. Mithaq Capital SPC — dikawal oleh keluarga Alrajhi, keturunan perbankan Saudi — kini merupakan pemegang saham terbesar dalam dua syarikat Israel: firma risikan mobiliti Otonomo Technologies Ltd, dan pengiklan digital tersenarai di London, Tremor International Ltd.

Israel dan negara-negara Teluk menjalinkan hubungan keselamatan yang tersembunyi di atas kebimbangan bersama, terutamanya Iran. Namun, motivasi terbesar hubungan tersebut terpupuk adalah kerana kekayaan dan ekonomi di mana Putera Mohammed cuba mengurangkan pergantungan Arab Saudi pada minyak dan cuba membangunkan industri maju.

“Kami menyukai inovasi dan budaya teknologi yang ada pada Israel, dan kami cuba mencari cara untuk mendapat manfaat daripadanya,” kata Muhammad Asif Seemab, pengarah urusan Mithaq Capital.

Pegawai kerajaan Arab Saudi juga dibenarkan membincang dan mengkaji semula kaedah terbaik dalam menjalin hubungan dan Israel.

Apabila UAE dan Bahrain pada 2020 menandatangani pakatan normalisasi yang diuruskan oleh AS dengan Israel, yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham, terdapat spekulasi Arab Saudi akan turut serta.

Bagi pemimpin Israel, menerima pengiktirafan daripada Arab Saudi — negara berpengaruh tinggi geopolitik di rantau ini — akan menjadi hadiah yang diidamkan, dan itu tidak mungkin berubah walaupun kerajaan Israel yang akan dilantik selepas pilihan raya akhir tahun ini mungkin bertukar.

Kesukaran mengurus perniagaan haris diatasi segera walaupun terdapat konflik agama. Pemilik perniagaan Israel yang melawat Riyadh sekarang masih tidak boleh membuat panggilan telefon terus ke Tel Aviv, apatah lagi pemindahan wang.

Jason Greenblatt, yang merupakan utusan khas untuk Timur Tengah di bawah bekas Presiden AS Donald Trump dan salah seorang arkitek perjanjian itu, berkata kepimpinan Arab Saudi mengiktiraf Israel boleh memberi manfaat besar kepada rantau ini walaupun ia belum bersedia untuk menandatangani sebarang jenis perjanjian rasmi.

Greenblatt sedang mengumpul dana untuk kenderaan pelaburan teknologi blockchain dan kripto, dan berkata ia adalah aspirasi beliau untuk memudahkan pelaburan Arab Saudi ke Israel, walaupun beliau mengakui bahawa ia akan mengambil masa.

Tinjauan oleh Institut Washington untuk Dasar Timur Tengah menunjukkan kekecewaan yang semakin meningkat dengan apa yang telah disampaikan oleh Perjanjian Abraham, dengan hanya 19% hingga 25% responden melihat hubungan dengan Israel secara positif di seluruh Arab Saudi, UAE dan Bahrain. Namun kewujudan mereka nampaknya telah menggalakkan penerimaan hubungan tidak rasmi dengan Israel di kalangan beberapa di Teluk, kata institut itu.

Namun tidak dinafikan masih terdapat majoriti menyuarakan ketidaksetujuan mereka. Pada bulan Julai, seorang imam masjid besar Mekah memasukkan doa menentang orang Yahudi yang merampas, menduduki Palestin semasa mengimamkan solat Jumaat. Satu lagi insiden ialah apabila seorang wartawan Israel yang pergi ke Arab Saudi semasa lawatan bulan Julai lepas oleh Presiden Joe Biden yang berjaya menyelinap masuk ke kota suci Islam, di mana dilarang yang kepada orang bukan Islam, kutukan masyarakat Islam sangat pantas ke atas perkara itu.

Dalam suasana yang bercampur-campur ini, pegawai kerajaan Arab Saudi berpendapat bahawa resolusi antara Israel dan Palestin kekal sebagai teras dasar mereka.

Normalisasi akan menyinggung ramai pihak, kata Puteri Reema binti Bandar, duta Arab Saudi ke AS, pada bulan Jun lalu.

Yoel Guzansky, seorang penyelidik kanan dalam politik Teluk di Institut Kajian Keselamatan Negara Israel berkata jangan terburu-buru di dalam menormalisasikan hubungan Arab Saudi dan Israel kerana ia boleh merosakkan semuanya.

Usahawan Amerika Syarikat Bruce Gurfein adalah antara yang optimis walaupun jalinan hubungan beransur-ansur semasa itu akan baik untuk perniagaan.

Gurfein, yang beragama Yahudi dan mempunyai keluarga di Israel, baru-baru ini memandu Nissan Armada Putih dari pangkalannya di Dubai melalui Arab Saudi ke Baitulmaqdis — perjalanan jalan raya selama 26 jam yang dia tempuh selama seminggu, bertemu ahli perniagaan di sepanjang jalan. Dia sedang mengusahakan platform perniagaan yang dipanggil Future Gig, menghubungkan syarikat pemula Israel ke pasaran Arab Saudi dan sebaliknya, dengan tumpuan pada tenaga boleh diperbaharui, kekurangan air dan pertanian padang pasir.

Neom, visi putera mahkota untuk kawasan berteknologi tinggi di pantai Laut Merah yang berjarak 40 minit pemanduan dari Israel, juga boleh memacu kerjasama.

Pada podcast Arab yang popular, ahli sosiologi politik Arab Saudi Khalid AlDakhil baru-baru ini membentangkan ideanya untuk mengukuhkan kerajaan, menyentuh tenaga nuklear dan ketenteraan — dan rakan kongsi yang mungkin, jika ganjarannya berbaloi.

“Kita secara jujurnya perlu belajar daripada Israel,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img