spot_img
spot_img

Pilihan sukar buat Ismail Sabri di UMNO, PN, GTA

spot_img

KUALA LUMPUR, Ogos 28 — Petanda yang tidak baik buat Perdana Menteri dari UMNO ialah apabila beliau di ejek ‘booo’ oleh akar umbi partinya sendiri semalam semasa Taklimat Khas Presiden di PWTC.

Semasa ucapannya semalam, lebih 1,000 ahli parti di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mencemuh serentak pada empat kesempatan berasingan apabila Ahmad Zahid merujuk kepada Ismail Sabri.

- Advertisement -

(Taklimat Khas Presiden UMNO)

Ahli juga menjerit, “Di mana Mail (Ismail)?” kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin parti tertinggi yang tidak hadir dalam majlis itu.

Ahmad Zahid juga sekali lagi menggesa agar Parlimen dibubarkan tidak lama lagi, bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum (PRU15).

- Advertisement -

Ahmad Zahid berkata, tuntutan supaya PRU15 diadakan adalah konsisten kerana Umno mahukan mandat yang stabil, dengan mengatakan bahawa kerajaan sekarang bukanlah kerajaan Umno yang “sebenar” kerana ia perlu berkongsi kuasa.

Beliau berkata realiti semasa adalah senario politik yang tidak stabil telah meletakkan ekonomi negara dalam keadaan yang semakin tidak menentu kerana Ismail Sabri terpaksa bergantung kepada perjanjian dengan Pembangkang untuk mengekalkan kuasa.

“Kemantapan dan budi yang dilaungkan bagaikan dongeng semata-mata. Hakikatnya politik yang stabil tidak bergantung kepada beberapa helaian kertas sahaja. “Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat Hasan. Ini suara dan keputusan Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung Umno dan Perhimpunan Agung Khas Umno,” katanya merujuk kepada keputusan yang dibuat parti.

Sementara itu, peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Zaid Ibrahim menceritakan kes SRC kepada ahli Umno.

Ismail Sabri dikatakan sebagai punca kini UMNO menjadi lemah dan hilang momentum kemenangan. Apabila PRU15 ditangguhkan, maka pelbagai isu dan liabiliti akan terpalit kepada UMNO. Kesempatan ini adalah yang terbaik buat PH dan PN untuk memenangi kembali hati rakyat.

Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam di Konvensyen PN dengan yakin meramalkan kekalahan gabungan Barisan Nasional (BN), gabungan bersamanya sekarang dalam kerajaan persekutuan, walaupun pemimpin Umno mendesak PRU15 diadakan tahun ini.

(Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin di Konvensyen PN semalam)

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dengan berani mengisytiharkan bahawa tidak kira bila pilihan raya umum akan diadakan, sama ada tahun ini atau akan datang, BN akan kalah.

“Saya membaca kenyataan presiden Umno yang juga pengerusi Barisan Nasional. Beliau berkata pilihan raya mesti diadakan tahun ini bukan tahun depan.

“Jika anda tunggu tahun depan, Barisan Nasional mungkin akan kalah, jika tahun ini mungkin juga akan kalah,” katanya yang meriah dalam ucapan perasmian konvensyen PN semalam di Serdang.

Muhyiddin berkata desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan pilihan raya awal menunjukkan BN “tidak sekuat yang didakwanya” dan mencerminkan keputusasaan Umno untuk menyelamatkan pemimpin tertentu dalam partinya.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, kemudian mengingatkan Ismail Sabri tentang perjanjian yang mereka ada sebelum beliau menjadi PM bahawa PN akan dirujuk sebelum tarikh diumumkan untuk PRU15.

Ismail Sabri masih berdiam diri dalam menghadapi gesaan berulang kali pemimpin Bersatu untuk berunding setakat ini.

Tetapi Muhyiddin nampaknya tidak berlengah untuk berkata dan bermegah bahawa “walaupun segalanya, kami bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.”

Satu lagi kuasa gabungan politik Melayu adalah di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad. Ia diberi nama Gerakan Tanah Air (GTA). Semalam semasa Jelajah Sayang Bangsa negeri Perak yang di anjurkan oleh parti Pejuang, Tun Mahathir berkata rakyat akan kecewa jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rasuah dibebaskan.

(Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohammad di Perak semalam – Foto Utusan)

Menurut Mahathir, tidak mustahil Najib boleh dibebaskan dengan pengampunan diraja.

“Memang ada orang yang berkuasa yang boleh bebaskan Najib, sama ada dia nak bebaskan Najib, itu terpulang kepada dia. Bukan saya yang tentukan.

“Langkah pertama adalah Perdana Menteri mesti kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong memohon untuk membebaskan Najib dan Agong boleh buat apa juga keputusan.

“Tapi kalau kita tanya orang ramai, kalau Najib dibebaskan setelah mencuri berbilion-bilion ringgit, menipu bercakap bohong, orang macam ini dilepas, bebas akan kecewalah rakyat,” katanya.

GTA yang menghimpunkan NGO-NGO Melayu akan memperjuangkan isu orang Melayu sahaja semasa PRU15.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img