spot_img
spot_img

Laungan ‘bubar’ di PWTC, Muhyiddin persoal Belanjawan dipercepatkan di MAEPS

spot_img

KUALA LUMPUR: Laungan bubar menjadi tema utama dalam Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Laungan itu bermula apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah memberikan panduan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau juga berkata, imuniti kelompok telah dicapai, pandemik Covid-19 juga sudah berakhir. PRU perlu diadakan bagi menghormati mandat rakyat. Kata-kata Zahid disusuli dengan laungan bubar oleh seluruh ahli UMNO yang bergema di Dewan Merdeka.

- Advertisement -

Presiden UMNO itu menegaskan sekali lagi bahawa ahli-ahli parti senada mahu PRU diadakan dan memulangkan semula mandat kepada rakyat. Beliau menasihatkan janganlah ada suara antara UMNO menuduh sesetengah pihak menjadi gopoh mahukan PRU, sebab semua ini adalah keputusan MKT UMNO, Perhimpunan Agung dan Perhimpunan Khas tempohari.

Beliau juga menafika desakan supaya PRU15 disegerakan adalah untuk menyelamatkan dirinya daripada sabitan hukuman mahkamah. Ahmad Zahid juga menjelaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana Perdana Menteri termasuk Ismail Sabri supaya mencampur tangan dalam kesnya.

Di acara berasingan, Presiden Bersatu membangkitkan persoalan Belanjawan 2023 akan dipercepatkan. “Biasanya dibentangkan pada penghujung Oktober. Sekarang ini nak dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga diawalkan pada 7 Oktober. Cuba tanya kenapa buat begitu?”, soalnya semasa ucapan penggulungan Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

- Advertisement -

(Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto : Utusan)

Beliau tidak menolak kemungkinan Parlimen bakal dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejurus selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober.

Muhyiddin juga mendakwa Perdana Menteri sendiri akan membentangkan belanjawan itu dan bukannya Menteri Kewangan. Perkara itu dimaklumkan oleh rakan-rakan di dalam anggota Kabinet yang dipimpin oleh Ismail Sabri

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img