spot_img
spot_img

Rafizi minta PM pecat Menteri Tugas-tugas Khas

spot_img

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad perlu dipecat daripada Kabinet susulan isu tular projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu wajar dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memandangkan masih tiada penafian dibuat oleh Abd. Latiff hingga kini.

Malah, katanya,  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu memaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri mengenai keputusan parti untuk menggantikan pemimpin itu dengan calon lain.

- Advertisement -

“Ini satu ujian penting untuk menilai adakah Muhyiddin dan Bersatu benar-benar ikhlas menentang rasuah, seperti tulisan beliau yang mengambil kredit atas penghukuman kes SRC International Sdn. Bhd,” katanya dalam hantaran terbaru dalam laman Facebook di sini hari ini.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

- Advertisement -

(Rafizi)

Dakwanya, siasatan dalaman projek LCS secara jelas menyebut isteri kepada Abd. Latiff dan ia dinyatakan pada muka surat 96 yang menyebut ‘siasatan mengambil maklum bahawa Abd. Latiff adalah suami kepada individu berkenaan.’

Abd. Latiff bagaimanapun menafikan penama wanita yang dikaitkan dalam laporan berita itu adalah isterinya sekali gus bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan kes tersebut.

Rafizi berkata, penafian Abd. Latiff itu hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan rakyat boleh membuat kesimpulan yang pendedahannya sebelum ini benar.

Sehubungan itu, beliau turut menuntut penjelasan mengenai peruntukan sebanyak RM1.7 bilion alat-alat gantian sedangkan kapal berkenaan belum siap.

“Berapa banyak daripada jumlah yang dibeli itu sebenarnya alat-alat gantian yang diperlukan untuk kapal bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan? Dan berapa banyak daripada stok alat gantian itu sebenarnya untuk barang-barang kegunaan harian yang boleh dibeli di pasar raya biasa?

“Apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendakwa projek telah mencapai 50 peratus kemajuan sehingga 2018, berapa banyak dari peratusan kemajuan itu bersabit dengan pembelian barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan alat gantian kapal seperti ini? Kita tahu kemajuan projek itu mengambil kira semua aktiviti termasuk tempahan alat-alat gantian kapal,” katanya. –UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img