KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Bekas Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun sebelum ini mereka gagal dalam pasca PRU14, selepas melihat tiada parti yang berkemungkinan akan memperoleh kemenangan majoriti besar pada PRU15 akan datang.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir, 97, memberitahu Bloomberg dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga kerana masalah kesihatan, kerana beliau telah menjalani beberapa pembedahan pintasan koronari dan mengalami tiga serangan jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Akan ada penyokongnya kecewa jika beliau tidak bertanding pada PRU15 ini, kata Pengerusi Parti Pejuang itu.
Tun Dr Mahathir juga merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia.
Pada 2018, beliau mengetuai Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak Malaysia merdeka pada 1957 di sebabkan berjayanya sentimen yang dimainkan oleh pembangkang sehingga menimbulkan kemarahan majoriti rakyat terhadap Datuk Seri Najib; Skandal 1MDB.
Kerajaan baharu Pakatan Harapan, bagaimanapun, berakhir apabila Tun Dr. Mahathir tidak menepati janji dengan presiden PKR Datuk Seri Anwar IBrahim berhubung perjanjiannya untuk menyerahkan kuasa, membawa kepada kejatuhan kerajaan dan pembentukan pentadbiran baharu dengan sokongan ahli parlimen Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malaysia telah menyaksikan dua perubahan dalam kerajaan persekutuan sejak empat tahun lalu.
foto : Al-Jazzera