spot_img
spot_img

Selamat tinggal 67 juta followers

spot_img

Bintang Hollywood, Tom Holland mengucapkan selamat tinggal kepada 67 juta pengikut di Instagramnya selepas mengambil keputusan untuk menyahaktif semua akaun media sosal demi menjaga kesihatan mental.

Jelas pelakon Spiderman: No Way Home ini, media sosial membuatkan dirinya tertekan, terutama apabila berita dan kontroversi melibatkan namanya menjadi topik perbualan netizen.

“Saya berehat daripada media sosial demi kesihatan mental. Media sosial membuatkan saya jadi tidak keruan, terutama apabila membaca berita tentang diri sendiri. Itu merosakkan kesihatan mental saya.

- Advertisement -

“Jadi, saya ambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dan memadam semua aplikasi media sosial,” katanya menerusi satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di Instagramnya sebelum dipadam.

Teman lelaki pelakon, Zendaya ini juga mendedahkan, dia sudah lama merancang untuk menutup akaun media sosialnya, namun terpaksa menunda buat seketika sehingga dia nekad melakukannya.

“Meminta pertolongan bukan sesuatu yang memalukan. Kita harus membuang stigma berkaitan masalah kesihatan mental. Memang mudah untuk dibicarakan, tetapi kita boleh lakukan ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img