spot_img
spot_img

Kerjasama syarikat digital tempatan Jendela Biz dan kewangan dari Jepun

spot_img

KUALA LUMPUR : Menyedari keperluan teknologi digital, ilmu, strategi dan bimbingan dalam membangunkan perniagaan di era digital yang pantas ini, Jendela Biz kerap melakukan acara penerangan asas bagi pengguna teknologi digital mereka melalui Jendela Biz Opportunity Preview (JOP).

Siri penerangan ini adalah susulan daripada kejayaan syarikat Jendela Biz di dalam membangunkan perniagaan yang berteknologi di dalam teknologi maklumat dan berjaya mentransformasikan perniagaan konvensional kepada digital.

Ketua Pegawai Eksekutifnya , Razrul Anwar Rusli berkata, selain penerangan dan upgrade teknologi berterusan di dalam talian, cara seperti ini juga merupakan inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua pengguna teknologi Jendela Biz seluruh Malaysia dalam aspek penguasaan teknologi digital selain kemahiran merancang strategi pemasaran.

- Advertisement -

(CEO Jendela Biz – Razrul Anwar Rusli)

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk mentransformasikan perniagaan mereka kepada digital dan mengatasi masalah marketing di mana kosnya yang tinggi. Jendela Biz bukanlah syarikat motivasi, tetapi menyelesaikan masalah usahawan dengan teknologi digital. Kami di Jendela Biz percaya bahawa usahawan-usahawan semua sememangnya mempunyai motivasi diri yang telah kuat, hanya solusi yang diperlukan mereka untuk kekal berdaya saing di era digital ini.

- Advertisement -

“Ramai pemilik perniagaan berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos yang tinggi terutamanya harga barang, pekerja, pemasaran dan lain-lain yang semakin meningkat. Justeru, Jendela Biz mengambil inisiatif dari acara JOP untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform digital Jendela Biz bagi meningkatkan prestasi perniagaa dan kewangan syarikat peserta melalui kecekapan teknologi digital.

“Sehingga kini, kami sudah bantu lebih 1,000 usahawan yang berjaya beralih dari sistem konvensional kepada digital, termasuk syarikat kecil dan sederhana”, katanya.

Dalam pada itu, menerusi program yang sama, Jendela Biz turut melancarkan produk digital buat mereka yang belum mempunyai perniagaan tetapi mahu melibatkan diri di dalam keusahawanan digital. Ia dinamakan Buy Business di mana para bakal usahawan digital boleh mempromosikan produk-produk digital Jendela Biz kepada potensi klien mereka. “Usahawan digital Jendela Biz mampu mencecah hingga 5 angka sebulan, tiada simpan stok, bekerja atas talian di mana-mana sahaja dan tiada risiko. Anda hanya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan digital di mana pihak Jendela Biz akan melatih dan membantu usahawan-usahawan ini”, kata Razrul yang telah mencebur diri di dalam bidang teknologi maklumat hampir 2 dekad.

Dengan keberkesanan teknologi digital yang dibangunkan oleh Jendela Biz, ia merupakan syarikat tempatan pertama yang berjaya menggamit minat syarikat kewangan dari Jepun untuk berusaha sama di dalam membantu usahawan digital.

Business Partner Co.Ltd Japan melalui anak syarikatnya di Malaysia JCL Credit Leasing Sdn Bhd telah meneroka pelbagai bidang di dalam memberikan kemudahan kewangan mereka. Namun bidang digital adalah era terkini dan masa hadapan. Syarikat yang membangunkan teknologi digital juga amat penting untuk mereka kenalpasti dan Jendela Biz merupakan syarikat yang dipilih oleh mereka.

Para peniaga yang mahukan transformasi kepada digital atau bakal usahawan digital boleh mendapatkan bantuan dana dari JCL Credit Leasing dengan kerjasama Jendela Biz tanpa bayaran balik. Menurut JCL Credit Leasing, tujuan mereka adalah untuk membantu usahawan dan pada masa yang sama menjenamakan kehadiran syarikat mereka di negara ini.

Jika anda adalah bakal usahawan digital atau mahu mentransformasikan bisnes anda ke arah online, hadir di Jendela Biz Opportunity Preview (JOP) pada 10 September ini di Cyberjaya. Eksklusif untuk 30 peserta sahaja dan mereka yang hadir layak mendapat dana digital dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd.

(JCL mahu dikenali sebagai syarikat kewangan yang membantu perniagaan di negara ini)

Jendela Biz akan terus komited untuk mencapai misi melahirkan usahawan digital yang berdaya saing, cepat memperoleh keuntungan di dalam perniagaan dan pantas di dalam mencipta teknologi pemasaran serta platform digital untuk semua, seiring dengan misi syarikat ‘DIGITAL UNTUK SEMUA’

(Hanya 30 tempat disediakan untuk JOP 10 September ini)

Maklumat lanjut boleh daftar sekarang di www.jendela.biz secara percuma

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img