spot_img
spot_img

Bank Islam, AIM bantu usahanita asnaf

spot_img

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan rakan strategiknya, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyerahkan bantuan perniagaan kepada 50 usahanita asnaf Sahabat AIM Perak dan Pahang, berjumlah lebih RM170,000.

Antara perniagaan yang diusahakan oleh usahanita terlibat adalah gerai makanan, pengusahaan makanan tempatan seperti kerepek dan kuih-muih, kedai jahit, kedai runcit, perniagaan di pasar malam dan jualan pakaian terpakai.

Penyampaian bantuan di­buat melalui Program Amal Musa’adah anjuran Bank Islam. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd. Shariff dan Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norsharizal Mashahrin di Perak, kelmarin.

- Advertisement -

Menurut Mohamed Iran Moriff, Bank Islam sentiasa memberi tumpuan kepada usahawan yang menyumbang kepada ekonomi, di samping memberikan sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Usaha seperti AMAL Musa’adah ini merupakan satu usaha penting ke arah tujuan itu, malah program hari ini menzahirkan komitmen Bank Islam sebagai Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dalam melindungi dan memastikan kesejahteraan masyarakat secara lebih meluas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Bank Islam, inisiatif untuk memperkasakan golongan usahanita asnaf ini sejajar dengan objektif global Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), merujuk khusus kepada Matlamat 1 iaitu Membasmi kemiskinan, Matlamat 5 – Kesamaan jantina dan Matlamat 8 – Menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta pekerjaan memuaskan untuk semua.

- Advertisement -

Jelasnya, Program Amal Musa’adah mula diperkenalkan pada 2017 dengan kerjasama AIM, badan amanah diperbadankan yang berperanan mengurangkan kemiskinan di Malaysia dengan memupuk semangat keusahawanan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan, bimbingan dan latihan untuk masyarakat miskin dan berpendapatan rendah.

“Bank Islam, menerusi penganjuran Program Amal Musa’adah, telah memperuntukkan lebih RM92,000 untuk manfaat 36 usahanita terpilih dari Terengganu pada 2017 dan hampir RM70,000 kepada 56 Sahabat AIM dari Kedah pada 2019.

“Manakala seramai 49 Sahabat AIM dari Johor menerima manfaat daripada hampir RM100,000 yang disediakan pada 2020,” jelasnya. – UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img