spot_img
spot_img

Elon Musk ingin beli MU pula

spot_img

Pengasas Tesla dan orang terkaya di dunia Elon Musk berkata bahawa dia mahu membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.

Dalam posting di Twitter pada hari Rabu (17 Ogos) pagi (waktu Malaysia), di mana dia membincangkan berkenaan politik Amerika Syarikat, Elon Musk berkata: “Selain itu, saya mahu membeli Manchester United … terima kasih.”

- Advertisement -

Tidak jelas sama ada Elon Musk serius atau hanya berjenaka dengan posting tersebut.

Elon Musk tidak memberikan butiran atau penjelasan terperinci selain daripada tweet tersebut.

Manchester United kini mengalami kemerosotan teruk di dalam sejarah EPL (English Premier League). Manchester United kini dimiliki oleh Glazers, kumpulan keluarga hartawan Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Peminat Red Devils telah berulang kali, menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pemilikan The Glazers.

Kelab itu menduduki tempat keenam dalam EPL musim lalu.

Mereka memulakan musim ini dengan dua kekalahan berturut-turut, pertama menentang Brighton dan kemudian menentang Brentford.

Kelab itu kini berada di tangga terbawah liga dengan mata sifar.

Laporan media baru-baru ini menyatakan bahawa bintang utama Manchester United, Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Kelab itu untuk bermain di kelab dalam Liga Juara-Juara UEFA.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img