spot_img
spot_img

WhatsApp bersaing dengan Signal dari segi keselamatan data

spot_img
APLIKASI WhatsApp mengumumkan beberapa update terbaru pada Selasa lepas, melibatkan privasi pengguna, iaitu boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.
WhatsApp itu juga tidak lama lagi akan membenarkan pengguna menentukan siapa yang boleh melihat apabila mereka sedang ‘online’ dan menghalang orang lain melakukan screen shot terhadap mesej pengguna.
Bahkan, pengguna juga selepas ini boleh keluar dari kumpulan secara senyap tanpa ada tulisan menunjukkan pengguna berkenaan sudah “left group”seperti dilaporkan CNN.

Semua ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg. Syarikatnya akan “terus membina cara baharu untuk melindungi mesej anda dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.”
WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta.

Ramai pengguna sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai dasar privasi WhatsApp yang dikongsi dengan syarikat induk Facebook, yang mempunyai reputasi bermasalah dalam melindungi data pengguna.
Kebimbangan itu menyebabkan ramai pengguna beralih ke Signal, satu lagi platform pemesejan popular yang menekankan privasi penggunanya.
Signal ialah perkhidmatan pemesejan segera yang lebih ciri-ciri privacy berpusat merentas platform yang dibangunkan oleh Yayasan Signal (bukan untung) dan Signal Messenger LLC. Pengguna boleh menghantar mesej satu kepada satu dan kumpulan, termasuk fail, nota suara, imej dan video
Kini, dua daripada ciri baharu yang diperkenalkan di WhatsApp – yang akan membolehkan anda memilih siapa yang boleh melihat apabila anda aktif, dan meninggalkan kumpulan secara senyap – akan mula dilancarkan kepada semua pengguna bulan ini.
Fungsi menyekat screen shot, buat masa kini masih diuji dan akan disediakan kemudian, menurut WhatsApp.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img