spot_img
spot_img

Parlimen luluskan RUU lindungi suri rumah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 hari ini.

Ketika menggulung perbahasan RUU itu, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia (KSM) Datuk Awang Hashim berkata kementerian dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan pelbagai langkah untuk menggalakkan suami menyumbang kepada Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). untuk isteri mereka.

- Advertisement -

(Datuk Awang Hashim)

Beliau berkata ini termasuk cadangan pengecualian cukai untuk suami serta insentif sumbangan padanan di mana sebahagian daripada sumbangan itu akan ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan.

“Bagaimanapun, perkara ini akan kita perhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan diwujudkan jika ada tuntutan seperti itu,” katanya.

- Advertisement -

“Ini untuk melindungi isteri kita yang melahirkan anak kita,” katanya.

Sidang Dewan Negara bersambung esok. — Bernama

comments

Terkini

spot_img
spot_img