spot_img
spot_img

BN belum pasti mahu bersama GRS pada PRU15

spot_img

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah masih berteka-teki mengenai kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sama ada BN akan bergerak secara solo atau bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), itu akan diputuskan apabila tiba masanya.

- Advertisement -

(Datuk Seri Bung Moktar)

Bung Moktar mahu perkara kerjasama tersebut dibincangkan terlebih dahulu dengan kepimpinan parti. Beliau ditemui wartawan selepas melawat lokasi kemalangan maut yang meragut tiga beranak di Jalan Lintas hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, UMNO Sabah bersama rakan komponen lain sudah bersedia untuk menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

- Advertisement -

Pada masa ini, hubungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat kerajaan Persekutuan agak rapuh sehingga timbul isu tentang menarik sokongan terhadap kerajaan.

Namun di peringkat negeri, BN menjalin kerjasama erat dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut disertai Bersatu.

Walau bagaimapun, hubungan kerjasama itu tidak dapat dipastikan sama ada kekal sehingga PRU-15 atau bakal wujud pertembungan antara BN dan GRS.

Sebelum ini, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berulang kali menyatakan untuk tidak mahu bertembung dengan BN menjelang PRU-15.

Ketua Menteri itu berkata, walaupun berlaku perbalahan antara Bersatu dan BN di Semenanjung Malaysia namun, situasi di Sabah berbeza. Maka, biarlah Sabah mencorakkan politik negeri ini mengikut acuan politik tempatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img