spot_img
spot_img

Lagi pemimpin Bersatu keluar parti

spot_img

KUCHING, 8 Ogos — Bersatu Sarawak semalam meluahkan kekecewaan ke atas tindakan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), semasa pilihanraya umum yang ke 15 semakin hampir.

(Datuk Willie Mongin)

- Advertisement -

Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Sufian berkata beliau berharap tindakan Willie tidak diambil semata-mata untuk kepentingan peribadinya.

Keahlian Willie dalam Bersatu juga terbatal secara automatik selepas permohonannya untuk menyertai PBB diluluskan semalam, menurut kenyataan dari Bersatu

Bersatu Sarawak akan memastikan tindakan sewajarnya diambil oleh pucuk pimpinan parti berhubung kuota timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan yang diperuntukkan kepada parti itu.

- Advertisement -

Willie, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diterima sebagai ahli PBB oleh majlis tertingginya.

Beliau telah memohon menyertai PBB awal tahun ini, sejurus selepas pilihan raya negeri pada Disember tahun lalu.

Willie dipilih di Puncak Borneo pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018 atas tiket PKR.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR bersama 10 ahli Parlimen lain yang membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 di Langkah Sheraton.

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu.

Dihubungi wartawan, Willie melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden PBB dan Perdana Menteri Tan Sri Abang Johari Openg, Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana PBB Datuk Amar Douglas Uggah serta pemimpin parti lain kerana meluluskan keahliannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusinya di Puncak Borneo.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img