spot_img
spot_img

PM tegas PRU15 diadakan jika PN tarik sokongan

spot_img

SERDANG: “Kalau ada yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan selepas itu.”

Demikian penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataan tidak rasmi atau ura-ura dari Parti Perikatan Nasional membayangkan untuk menarik sokongan daripada kerajaan.

- Advertisement -

(Foto : utusan malaysia)

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan termasuk penarikan sokongan tersebut.

“Saya pun dengar berita macam itu (penarikan sokongan daripada kerajaan). Negara kita adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, jadi terserah kepada siapa untuk membuat sebarang keputusan.

- Advertisement -

“Mana-mana parti pun boleh buat keputusan sendiri, yang pentingnya kesan daripada itu kita terpaksa hadapi jika ada yang menarik sokongan,” katanya selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2022 (MAHA 2022), di sini, hari ini.

Ura-ura Perikatan Nasional (PN) untuk menarik sokongan terhadap Naib Presiden UMNO itu ekoran tindakan Perdana Menteri membatalkan pertemuan dengan pemimpin kanan gabungan itu iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin selain membabitkan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya diberi kepada gabungan PN.

Namun Ismail Sabri mendapat maklumat bahawa isu penarikan tersebut belum lagi dibawa ke mesyuarat rasmi PN, jadi ia belum lagi keputusan rasmi PN.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan sedia menghadapi kemungkinan termasuk kejatuhan kerajaan kerana penarikan sokongan tersebut.

“Kalau kerajaan hari ini masih kekal, maka kita akan pertimbang dari segi tarikh PRU mengikut kesesuaian. Saya dah sebut, PRU akan tetap diadakan cuma tarikh yang sesuai akan ditentukan.

“Tapi kalau ada tindakan-tindakan menarik sokongan sebelum tarikh yang ditentukan, kita juga akan mengambil tindakan,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img