spot_img
spot_img

Malaysia punyai bangunan ke 2 tertinggi di dunia pada 2023

spot_img

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Menara Merdeka 118, yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, dijangka siap pada pertengahan 2023, menurut pemaju menara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemaju PNB Merdeka Ventures Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud berkata tahap pembinaan kini berada di landasan yang betul, pada peringkat 92 peratus.

- Advertisement -

(Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud. Foto : The Edge)

Penyewa atau pemilik pejabat di unit menara itu boleh berpindah dahulu manakala bahagian hotel akan siap menjelang suku ketiga tahun depan.

Menara Merdeka 118 berketinggian 678.9m. Nama 118 itu melambangkan bilangan tingkat pada bangunan pencakar langit itu.

- Advertisement -

Hanya Burj Khalifa di Dubai, pada 830m, terbina  lebih tinggi dari Menara Merdeka 118

(Burj Khalifa Dubai)

Menurut laporan, kos pembangunan projek ini adalah kira-kira RM5 bilion (S$1.55 bilion).

Terletak di tengah-tengah Metropolitan Kuala Lumpur, menara itu berdiri bersebelahan Stadium Merdeka di mana kemerdekaan Malaysia daripada British diumumkan pada 31 Ogos 1957, oleh perdana menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman.

Menjangkau lebih 3.1 juta kaki persegi keluasan lantai, menara Merdeka 118 merangkumi 1.7 juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih bagi ruang pejabat boleh sewa Gred-A premium. 17 tingkat teratas akan menempatkan Hotel Park Hyatt yang pertama dan satu-satunya di Malaysia.

Sebuah pusat membeli-belah gergasi akan terletak di tingkat bawah menara.

Sebuah stesen bawah tanah besar yang menghubungkan beberapa laluan LRT dan MRT KL sedang dibina di aras bawah tanah menara.

Datuk Ab Aziz berkata PNB Merdeka Ventures, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) – firma pengurusan dana kerajaan, menyasarkan penyewaan terdiri daripada 70 peratus syarikat tempatan dan 30 peratus syarikat multinasional untuk menduduki pejabat itu.

“PNB dan anak-anak syarikatnya akan masuk dahulu. Selebihnya, kami sedang mengusahakannya. Senarai penyewaan akan diumumkan kemudian,” tambahnya.

Beliau berkata tarikan yang mesti dikunjungi di menara Merdeka 118 adalah di Aras 116 (mezanin), di mana terletaknya dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara. Tiket akan dijual secara dalam talian bagi mereka yang berminat melihat keindahan langit dan seluruh KL, katanya.

 

foto : booking.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img