spot_img
spot_img

Tun M : Jurang kekayaan boleh sebabkan rusuhan berdarah di Malaysia

spot_img

YKP Putrajaya 5 Ogos : Masyarakat dunia dan khususnya rakyat negara ini perlu mengambil iktibar dari peristiwa rusuhan antara golongan miskin dan kaya. Jika masyarakat ingin mengelak permusuhan yang ganas boleh berlaku antara miskin dan kaya, jurang kekayaan antara miskin dan kaya hendaklah dikurangkan, menurut kenyataan bertulis Tun Dr Mahathir di blognya.

Tun Mahathir berkata dalam sejarah manusia, yang miskin biasanya bermusuhan dengan yang kaya. Kerapkali pula permusuhan antara mereka berakhir dengan rusuhan berdarah.

- Advertisement -

Beliau memberikan contoh perang saudara yang berlaku di Perancis dan Rusia. Apabila menang puak yang miskin akan membunuh puak yang kaya. Demikian juga dengan nasib raja Perancis dan Rusia, di mana mereka di bunuh okeh rakyat mereka yang miskin.

Sebaliknya di United Kingdom (UK), tulis Tun Mahathir, puak miskin tidak mengganas tetapi mereka menggunakan cara mogok, pekerja yang rata-rata miskin memaksa masyarakat memberi kuasa kepada golongan pekerja, maka wujudlah parti buruh di negara itu.

Tun Mahathir memberi amaran bahawa di Malaysia juga ada jurang yang melebar tetapi lebih merbahaya kerana ia dikaitkan dengan kaum di negara ini.

- Advertisement -

Ramai yang miskin terdiri dari orang Melayu dan yang kaya dari orang Cina. Memang pun kedua-dua kaum tidak rapat dalam hubungan di antara mereka, tambah bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu. Hakikat ini tidak dapat dinafikan walaupun ada golongan intelek yang tidak suka akan isu ini. Ia tidak boleh dipandang ringan.

Beliau berkata jika isu ini tidak ditangani dengan bijak ia akan jadi lebih teruk. Apabila ia meletup, permusuhan akan jadi lebih buruk dan lebih sukar untuk ditangani. Adalah lebih baik jika awal-awal lagi sebelum jarak perpisahan menjadi lebih melebar, tindakan diambil untuk meredakan keadaan itu.

Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin negara dari era penjajahan Jepun, British dan pernah melalui peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei, yang masih aktif berpolitik hingga kini.

Semalam, beliau mengungumkan gagasan Gerakan Tanah Air untuk orang Melayu dan Islam yang terdiri daripada NGO-NGO untuk menentang UMNO pada PRU15 yang akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img