spot_img
spot_img

PM batal perjumpaan dengan Hamzah

spot_img

Kubang Pasu 5 Ogos : Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membatalkan pertemuannya dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang dijadualkan semalam pada saat-saat akhir, dakwa Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Wan Saiful mesyuarat itu sepatutnya berlangsung pada 2.30 petang semalam.

“Bersatu mahu perdana menteri menghormati PN sebagaimana beliau menghormati Pakatan Harapan.

- Advertisement -

Wan Saiful di dalam sidang medianya di Kedah melahirkan kebimbangan bahawa Ismail Sabri akan kembali kepada cara Umno lama (mengutamakan UMNO)

(Datuk Wan Saiful Wan Jan)

Hamzah, yang juga setiausaha agung Bersatu, sepatutnya bertemu Ismail berhubung perjanjian yang ditandatangani antara PN dan naib presiden Umno itu sebelum pelantikannya (Ismail) sebagai perdana menteri.

Pada 28 Julai, PN menyuarakan kekecewaannya terhadap Ismail atas kegagalannya menunaikan janji yang dibuatnya kepada gabungan itu. Menurut salinan perjanjian yang tular, jawatan timbalan perdana menteri telah dijanjikan kepada PN iaitu parti Bersatu.

- Advertisement -

Hamzah berkata gabungan itu telah memutuskan untuk menghantar delegasi bertemu Ismail bagi memenuhi perjanjian yang dimeterai dengannya.

PN menyokong Ismail kerana mereka yakin dengan keupayaannya untuk menegakkan integriti, kata Wan Saiful.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img