spot_img
spot_img

Malaysia tidak sama dengan Sri Lanka, perang China-Taiwan akan beri kesan.

spot_img

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Ekonomi Malaysia lebih banyak sumber serta cabang dan tidak mungkin akan jatuh seperti di Sri Lanka, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam temu bual dengan CNN malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa ekonomi Sri Lanka tertumpu kepada pelancongan semata-mata, manakala ekonomi Malaysia terbahagi kepada beberapa sektor, dan Malaysia juga merupakan pengeksport hasil komoditi.

Menurut Tengku Zafrul, rizab Malaysia dianggarkan AS$106 bilion (RM472 bilion) berbanding Sri Lanka hanya AS$3 bilion. Hutang kerajaan kepada KDNK adalah sekitar 60 peratus, manakala Sri Lanka melebihi 100 peratus

- Advertisement -

Pinjaman asing negara juga rendah, iaitu hanya 2.5 peratus daripada jumlah hutang negara. Manakala 97.5 peratus daripada pinjaman negara adalah dalam ringgit. Sri lanka juga berdepan defisit berkembar di mana Malaysia tidak berlaku.

Sri Lanka kini sedang mengalami kegawatan ekonomi dan pergolakan awam, yang menyaksikan bekas presidennya Gotabaya Rajapaksa melarikan diri keluar negara.

Untuk makluman, rizab asing Sri Lanka berada pada AS$3.1 bilion pada akhir 2021, tetapi turun kepada AS$1.92 bilion menjelang Mei tahun ini.

- Advertisement -

Tengku Zafrul juga diminta membuat spekulasi mengenai apa yang akan membawa maksud sekatan Selat Taiwan kepada ekonomi Malaysia berikutan lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan baru-baru ini, yang meningkatkan ketegangan dengan China.

Sambil menekankan bahawa China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, Tengku Zafrul berkata sekiranya sekatan sedemikian berlaku, akan ada sedikit kelembapan ekonomi bagi Malaysia.

Tengku Zafrul memberi contoh, melalui pengalaman lepas, prestasi ekonomi Malaysia juga bergantung kepada bagaimana China menangani dasar Covid-19nya sendiri hingga telah menjejaskan rantaian bekalan negara.

“Jadi jika apa-apa berlaku dengan Taiwan, kami pasti perlu memantau perkara ini dengan sangat rapi. Memandangkan ia akan memberi kesan… kestabilan serantau adalah penting untuk pemulihan kami,” katanya.

Sejak lawatan Pelosi, Tentera Pembebasan Rakyat China, telah melakukan beberapa latihan ketenteraan di sekeliling Taiwan, malah melancarkan peluru berpandu yang terbang ke atas negara pulau itu awal hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img