spot_img
spot_img

Adakah Bersatu Johor boleh diselamatkan semula oleh Muhyiddin ?

spot_img

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memberi bayangan untuk kekal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ramai yang memberikan respons, ada yang bersetuju dengan tindakan pemimpin veteran itu, namun tidak kurang juga yang memberi pendapat supaya beliau bersara dan berehat.

Ada asasnya juga bagi yang mencadangkan sudah tiba masanya ‘Abah’ berehat selepas puluhan tahun bergelumang dalam kancah politik negara.

- Advertisement -

Daripada menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat, Abah sudah masak dengan ‘sepak terajang’ dalam politik sama ada semasa dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan kini Perikatan Nasional (PN).

Dan kini, Ahli Parlimen Pagoh itu memimpin sebuah parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas ‘diceraikan’ UMNO pada 2016.

Selepas berjaya menumbangkan BN pada PRU14, nyata ‘saham’ Bersatu yang dipimpin Muhyiddin dan diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad melonjak sehinggakan ramai pemimpin BN menyertai parti itu dalam PH.

- Advertisement -

Langkah Sheraton pula terus ‘melonjakkan’ sokongan kepada Muhyiddin apabila mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri menggantikan Dr. Mahathir, walaupun dikecam hebat rakan sekutunya dalam PH.

Harapkan cuaca cerah hingga ke petang, namun hujan menjelma pada waktu tengah hari. Tampuk pemerintahan negara terpaksa diserahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila beberapa pemimpin UMNO menarik sokongan terhadap beliau.

Walaupun, kerajaan PN yang bekerjsama dengan BN masih menerajui negara, sokongan terhadap Muhyiddin dan PN dilihat semakin berkurangan.

Buktinya jelas tergambar dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor apabila Bersatu kecundang kepada BN di banyak kawasan apabila mereka ‘berseteru’ di negeri walaupun ‘berkawan’ di peringkat Pusat.

Berdasarkan cakap-cakap politik, senario dan tahap sokongan terhadap Bersatu, khususnya di Johor turut mempengaruhi keputusan Muhyiddin supaya tidak bersara daripada kancah politik.

Malah, ada yang berpendapat jika Muhyiddin bersara dan tidak memimpin Bersatu pada PRU15, parti tersebut yang pada awal penubuhannya bermatlamat menggantikan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu mungkin akan mengalami kekalahan teruk.

Malah, ada yang menjangkakan Bersatu mungkin berkubur, termasuk di Johor.

Telahan itu bukan mustahil, malah telah terbukti pada PRN Johor, Mac lalu apabila beberapa ‘ayam sabung’ Muhyiddin tumbang di Johor.

Contohnya, Mohd. Solihan Badri yang merupakan ‘orang kuat’ Muhyiddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir begitu juga Tosrin Jarvanthi yang gagal mempertahankan kerusi DUN Bukit Permai.

Dua wakil rakyat Bersatu yang turut dilantik sebagai Exco, Maulizan Bujang dan Datuk Mohd. Izhar Ahmad, awal-awal lagi sudah ‘cabut’ dan mengumumkan keluar Bersatu sebelum PRN Johor diadakan.

Malah, mereka turut mengumumkan memberi sokongan BN Johor yang dipimpin oleh Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad selaku Menteri Besar pada masa itu.

Malah, beberapa kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU seperti DUN Kempas dan Tenang serta Johor Lama dan Sedili yang ‘diserahkan’ apabila wakil rakyat UMNO melompat turut berjaya dimenangi semula oleh UMNO pada PRN Johor.

Selepas kekalahan teruk dalam PRN Johor apabila hanya menang dua kerusi, iaitu di Bukit Kepong oleh Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Endau menerusi Alwiyah Talib masa depan Bersatu di Johor diramal kian suram.

Bukan sahaja sokongan kian merudum, malah dianggap ketandusan pemimpin yang boleh membawa panji-panji parti pada PRU15.

Malah ada yang meramalkan Bersatu hanya mampu menang di kerusi Parlimen Pagoh jika Muhyiddin kekal bertanding.

Kerusi Parlimen Simpang Renggam, Sri Gading dan Muar mungkin sukar untuk dipertahankan, apatah lagi ketiga-tiga wakil rakyat yang memenangi kerusi itu atas tiket Bersatu sudah tidak lagi bersama-sama parti itu

Kerusi Muar yang diwakili Syed Saddiq Abdul Rahman sudah menubuhkan parti sendiri, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) manakala Dr. Maszlee Malik dan Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh turut ‘bercerai’ untuk menyertai PKR dan Pejuang.

Nyata PRU15 boleh dianggap penentuan nasib Bersatu, sama ada mampu bertahan atau ‘karam’ dihempas ombak politik yang sentiasa dinamik. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img