spot_img
spot_img

Tun M lebih banyak pecah belahkan orang Melayu

spot_img

Kuala Lumpur 4 Ogos : Hari ini Tun Dr Mahathir akan menubuhnan gagasan parti politik Melayu yang baru. Beliau berkata pada suatu majlis malam semalam, gagasan parti politik ini adalah untuk menyatupadukan orang-orang Melayu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata Tun Mahathir telah lupa bahawa selama ini yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di Malaysia adalah Tun Mahathir sendiri.

“Dia bergaduh dengan Anwar dekat 30 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh PKR.

- Advertisement -

Dia bergaduh dengan Pak Lah dekat 15 tahun lepas lalu lemah orang Melayu dan hilang 2 per 3 kerusi di Parlimen.

Dia bergaduh dengan Najib dekat 7 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh PPBM, lantas DAP dan PH memerintah negara.

Dia bergaduh dengan Muhyiddin 2 tahun lepas lalu berpecah PPBM tertubuh Pejuang.

- Advertisement -

Dia kalah pilihanraya di Johor hilang deposit di semua kerusi lalu dia tak puas hati dan ingin tubuh gagasan parti Melayu untuk pecah lagi undi Melayu”, tulis beliau yang merupakan bekas Ketua Penerangan BN Selamgor di facebooknya.

Menurutnya lagi sejarah tindakan Tun Mahathir ini hanya menguntungkan PH dan DAP sahaja. Hanya dengan memecah-belahkan undi Melayu, maka PH dan DAP boleh menang.

“Mungkin ini rancangan sebenar dia, sebab ramai kroni-kroni dan taikun-taikun yang sokong dia juga sokong PH dan DAP”, dakwa Isham.

Semalam di suatu majlis solat hajat, Pengerusi Pejuang itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.

“Ini merupakan suatu kumpulan orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” kata Tun Mahathir menurut Bernama.

Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Gagasan itu dikatakan akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO)

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img