spot_img
spot_img

Surat terbuka buat Menteri Kewangan

spot_img

MENGEJAR JAWATAN HINGGA MENZAFRULKAN DIRI

Apabila Zafrul dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara memerlukan sepasang tangan profesional untuk mengendali hal ehwal kewangan, terutama dalam fasa permulaan krisis Covid yang membawa kepada krisis ekonomi.

Ia juga konsisten dengan sikap Tan Sri Muhyiddin membawa masuk orang “luar politik” seperti Dr Zulkifli Al-Bakri ke portfolio yang memerlukan kepakaran tertentu.

- Advertisement -

Saya mengenali Zafrul sekitar 2015, tetapi tidaklah sebagai kawan rapat.

Saya dan rakan-rakan mengambil pendirian yang sama dengan Tan Sri Muhyiddin, iaitu mempertahankan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Zafrul kerana kita dari Bersatu inilah yang membawa dia masuk ke dunia politik. Lagipun kita berpandangan pada waktu itu bahawa Zafrul seorang yang ada pendirian.

- Advertisement -

Semasa dia diasak oleh pelbagai pihak terutama UMNO, kamilah yang mempertahankan integriti dan kredibiliti dia.

Tapi akhirnya daripada seorang Zafrul yang berwibawa, kuasa dan jawatan telah mengubah dirinya menjadi Zafrul yang sujud bersekongkol dengan kleptokrat. Itulah penzafrulan seorang manusia akibat kuasa dan jawatan.

Siapa sangka Zafrul boleh senyum gembira apabila Zahid Hamidi mengumumkan dia akan bawa “gula” kepada UMNO.

Siapa sangka Zafrul boleh tersengih apabila Ismail Sabri mengumumkan dia akan bawa “minyak” kepada UMNO.

Siapa sangka Zafrul boleh buat muka toya apabila Mohamad Hasan mengatakan bahawa 1MDB ialah isu tidak penting lagi.

Banggakah Zafrul dengan pengumuman bahawa dia akan dikeldaikan untuk membawa minyak dan gula kepada UMNO?

Dan ia menjadi semakin teruk.

Siapa sangka Zafrul complicit dalam mensucikan imej Zahid Hamidi dengan cara membiarkan dua agensi di bawah MOF, iaitu LHDN dan Kastam, bercakap dalam majlis yang sama dengan Zahid Hamidi di “Malaysia Tax Policy Forum”. Ini strategi mensucikan diri yang sama dengan Najib Razak.

Tidak cukup dengan itu, Zafrul mula cuba melunakkan pandangan rakyat terhadap rompakan yang dilakukan oleh Najib Razak. Media melaporkan “Dewan Rakyat dimaklumkan hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan Suria Synergy Energy Recources Sdn Bhd (SSER) tidak meningkatkan jumlah hutang kerajaan secara langsung.” Wah…. baru beberapa hari ambil jawatan parti, sudah beri spin positif nampaknya.

Baru dua tahun bertakhta di puncak kuasa, sudah selesa mencium dan bersujud kepada kleptokrat. Dua tahun saja, sudah lupa mengenai integriti dan kredibiliti.

Itu kita belum lagi masuk kepada adab sebagai seorang manusia.

Zafrul diberi karpet merah oleh Tan Sri Muhyiddin untuk terus ke puncak kuasa. Zafrul jutawan yang tidak perlu berjuang. Bangsawan yang tidak perlu berkorban. Seorang elit “Bangsar bubble” yang diangkat tanpa perlu melalui proses yang dilalui oleh orang lain.

Tapi adakah Zafrul tahu adab sopan kepada satu-satunya individu yang meletakkan dia di situ? Tidak. Sebut tidak, bincang lagi lah tidak. Adab Melayu diketepikan demi mahu mengekalkan jawatan dan kedudukan. Rupanya apabila bangsawan sujud kepada kleptokrat, yang terhasil ialah biadap.

Itulah dia penzafrulan seorang manusia. Itulah kesan kuasa dan jawatan kepada seseorang individu jika individu itu tidak dipandu oleh prinsip dan adab. Terlupa mengenai jeleknya kleptokrasi. Terlupa mengenai integriti. Terlupa mengenai budi. Tanpa prinsip dan adab, dia dikelabukan oleh jawatan dan kekayaan sehingga sanggup jadi keldai UMNO.

Ini adalah tazkirah kepada kita semua. Jika kita ada sekelumit rasa mahu berjuang untuk rakyat dan negara, berdoalah agar kita berjuang demi prinsip, dan dengan cara yang beradab, agar kita tidak dizafrulkan sekiranya mendapat kuasa dan kedudukan.

 

Datuk Wan Saiful Wan Jan (Ketua Penerangan Bersatu)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img