spot_img
spot_img

Fashion Valet tutup, tetapi persoalannya ..

spot_img

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Apabila FashionValet, peruncit dalam talian dan platform e-dagang tempatan yang pernah membanggakan dengan penilaian berjuta-juta ringgit mengumumkan mereka ditutup, pengumuman itu menarik perhatian banyak pihak.

FashionValet Sdn Bhd (FV) ditubuhkan pada 2010 oleh pasangan Datin Vivy Sofinas Yusof dan Datuk Fadzarudin Shah Anuar, yang berkenalan semasa belajar di universiti terkemuka UK, The London School of Economics dan Imperial College.

- Advertisement -

FV bergantung pada populariti Vivy sebagai influencer dan blogger, dengan dia menjadi wajah hadapan dan ketua pegawai kreatifnya, manakala suaminya yang merupakan graduan kejuruteraan Fadza berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Mereka mengumpul kesemua jenis jenama di bawah satu platform pada ketika itu dan berjaya. Ia seperti Lazada, Shopee atau Zalora. Tetapi FV fokus kepada jenama pereka tempatan.

Namun disebabkan kehadiran sosial media, ia berkemungkinan besar faktor penyebab penutupan FV.

- Advertisement -

Vivy juga menghasilkan tudung berjenama dUCk dan Lilit, dua jenama dalaman di bawah FashionValet yang membentuk pangkalan pelanggan Muslimah yang besar, termasuk produk kecantikan “berasaskan Syariah”, kadangkala fesyen, aksesori, produk rumah dan alat tulis.

Sejak FashionValet memutuskan untuk menghentikan operasinya, kumpulan itu telah menumpukan usahanya pada dUCk dan Lilit sahaja.

FV boleh didapati dalam talian, di mana kebanyakan pelanggannya adalah dari Malaysia. Ada juga dari Brunei, Singapura, Australia dan sedikit dari UK dan Timur Tengah menurut bahagian pemasaran syarikat.

Pada masa kemuncaknya, FashionValet membuka lima cawangan termasuk di pusat beli-belah mahal seperti Pavilion Kuala Lumpur, Bangsar Village 2, dan juga satu lagi di IOI City Mall Putrajaya.

Ia juga membuka cawangan di Orchard Road di Singapura.

Masalah kewangannya bermula apabila penyata kewangan awam terkini yang tersedia berakhir 31 Disember 2020, pendapatan tertahan syarikat ialah -RM83,442,646.

Pendapatan negatif biasanya menunjukkan tahap kewangan yang lemah dan menunjukkan syarikat telah mengalami kerugian untuk tempoh yang lama.

Bagi tahun kewangan 2019 hingga 2020, ia mencatatkan kerugian sebelum cukai hampir RM15 juta.

Penutupan FV menjadi isu dan menarik perhatian ramai kerana PNB dan Khazanah Nasional, yang merupakan dana pelaburan kerajaan, dilaporkan telah melabur berjuta-juta ringgit pada akhir 2018 dan awal 2019 melalui pusingan pelaburan Siri C, walaupun ada desas-desus diwaktu itu bermain berkenaan tentang kerugian kumpulan itu.

Walaupun jumlah itu tidak didedahkan ketika itu, Vulcan Post pernah melaporkan bahawa FashionValet menerima sekitar AS$12.06 juta (kira-kira RM53 juta) semasa Siri C, dengan jumlah pembiayaannya selama ini melebihi AS$19.3 juta.

DigitalNewsAsia melaporkan bahawa pelabur lain dalam FashionValet termasuk MyEG, Elixir Capital yang berpangkalan di Silicon Valley dan Zozotown, pusat beli-belah fesyen dalam talian terkemuka Jepun.

Terdapat dakwaan juga bahawa FashionValet hanya mempromosikan dua jenamanya sendiri dan mengabaikan untuk membantu vendor tempatan di bawah platform mereka. Manakala kedai fizikal FV hanya untuk menjual produk kepunyaan mereka sahaja, walaupun FV menjanjikan untuk memasarkan produk fesyen usahawan tempatan.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan dihantar kepada saluran berita SAYS, Vivy dipetik sebagai berkata peralihan tumpuan kepada dUCk dan Lilit dibuat pada 2019, pada masa yang sama Khazanah dan PNB menyuntik dana ke dalam FashionValet.

Apa yang tinggal daripada ratusan jenama dan pereka bentuk fesyen tempatan di bawah payung FV selepas penutupan FashionValet masih tidak jelas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img