spot_img
spot_img

TNB labur RM90 juta sokong ekosistem EV negara

spot_img

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bakal melaburkan sebanyak RM90 juta bagi menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi meneroka pasaran yang bernilai RM1.3 bilion menjelang 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharin Din berkata, pelaburan tersebut dilakukan menerusi pembangunan infrastruktur pengecasan, kerjasama dengan pemain industri, menukar kenderaan enjin pembakaran dalaman TNB kepada EV serta menaja kajian melibatkan EV.

Katanya, TNB mengunjurkan sebanyak 33,350 EV bakal berada di jalan raya domestik pada 2025, sebelum angka itu bertambah kepada 524,409 pada 2030,

- Advertisement -

“500,000 EV di jalan raya boleh diterjemahkan kepada keperluan pengecasan kira-kira 2.318 terawatt jam tenaga elektrik setahun, membawa nilai hampir RM1.26 bilion. Perkembangan ini bakal mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 4.4 juta tan.

“Potensi impak yang positif untuk iklim dan kunci kira-kira syarikat menjadikan pembangunan ekosistem EV ini menjadi keutamaan TNB,” katanya.

Baharin berkata, pemasangan pusat pengecasan EV oleh TNB dijangka bermula seawal September ini di lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad.

- Advertisement -

“MoU dengan PLUS Malaysia sudah pun ditandatangani dan ia juga akan diperluaskan dengan konsesi lebuh raya yang lain.

“Selain itu, kami juga akan memasang pusat pengecasan di jalan-jalan Persekutuan di bawah Jabatan Kerja Raya,” ujarnya.

Dalam pada itu, TNB juga terus melabur dalam grid masa depan dengan memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion untuk Tempoh Regulatori Ketiga (RP3) peralihan teknologi bagi mengimbangi grid sekuriti, kemampanan dan kebolehmampuan. – UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img