spot_img
spot_img

Satu lagi konflik dunia bakal tercetus akibat kedegilan Amerika Syarikat ?

spot_img

Kuala Lumpur 3 Ogos : Ketibaan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi di Taiwan semalam telah mencetuskan kecaman keras dari Beijing selepas Pelosi yang merupakan pegawai paling kanan di Amerika Syarikat melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Lawatan Pelosi adalah pelanggaran serius terhadap dasar satu China yang dikatakan akur oleh AS, kata Beijing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas Pelosi tiba di Taipei.

Kerajaan China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan telah berulang kali menegaskan untuk menggabungkan pulau itu, termasuk secara paksa jika perlu.

- Advertisement -

Sebelum ketibaan Pelosi di Taipei, beliau telah melawat Singapura dan Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatannya ke rantau ini, termasuk juga Jepun dan Korea Selatan.

(Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun (R), bersama Speaker of the US House of Representatives, Nancy Pelosi (L). Foto oleh FAMER ROHENI)

Khamis lalu, Presiden China Xi Jinping memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Amerika Joe Biden melalui panggilan telefon terhadap perilaku sebarang campur tangan AS dalam hal ehwal Taiwan.

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China juga telah mengeluarkan kenyataan penuh mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan.

- Advertisement -

Dalam kenyataan itu, AS dipertanggungjawabkan secara serius kerana menjejaskan asas politik hubungan China-AS, dan telah melakukan provokasi politik utama kepada China.

Jawatankuasa itu juga menegaskan hanya terdapat satu China di dunia, dan Taiwan adalah bahagian darinya yang tidak boleh dipisahkan dan kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah mewakili seluruh China.

“Isu Taiwan ialah hal ehwal dalaman China. Kami dengan tegas menentang semua percubaan dan tindakan untuk memecahbelahkan China, menentang tegas mana-mana kuasa luar yang campur tangan dalam proses penyatuan semula secara aman China, dan tidak akan sekali-kali membenarkan mana-mana negara campur tangan dalam isu Taiwan dalam apa cara sekalipun” tegas kenyataan jawatankuasa tersebut yang diedarkan oleh media tempatan.

China mesti bersatu, dan ia pasti bersatu. Ini adalah trend sejarah yang tidak dapat ditolak. Tiada siapa yang boleh memandang rendah keazaman yang kuat, kemahuan yang teguh, dan keupayaan kuat rakyat China untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah, tambah kenyataan itu lagi.

Isu Taiwan adalah isu teras yang paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS. Pentadbiran AS di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden telah berulang kali membuat komitmen dalam isu Taiwan untuk mematuhi dasar satu China dan tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”, tetapi beberapa kenyataan dan tindakan AS baru-baru ini menunjukkan sebaliknya .

China menggesa AS untuk mematuhi komitmennya, menghentikan sebarang bentuk pertukaran rasmi dengan wilayah Taiwan China, berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman China, tidak menghantar sebarang isyarat yang salah kepada pasukan pemisah “kemerdekaan Taiwan”.

China dengan tegas berkata sebarang tindakan yang bertentangan dengan aliran sejarah negara itu adalah jalan yang merbahaya dan akan mengalami akibatnya sendiri, merujuk kepada kuasa asing campur tangan.

Taiwan kini berada di dalam keadaan bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan ketenteraan dari China.

Presiden Joe Biden berkata beliau telah menasihati Pelosi untuk tidak ke Taiwan tetapi ia dilihat hanya sekadar kata-kata dibibir dan tidak dikuatkuasakan kepada Pelosi.

Pelosi ketika berucap di Parlimen Taiwan memuji negara itu yang memelihara demokrasi dan berkata AS akan sentiasa menyokong Taiwan.

Pelosi terkenal dengan pendekatan anti kepada penguasaan China. Tindakannya paling terkenal ialah pada tahun 1991, dua tahun selepas protes besar-besaran di Beijing di mana perusuh ditembak mati oleh kerajaan China, beliau hadir melawat Dataran Tiananmen dan mempamerkan sepanduk menghormati penunjuk perasaan yang telah meninggal dunia. Ia merupakan suatu penghinaan kepada kerajaan komunis China.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img