spot_img
spot_img

Tahap kepercayaan rakyat Malaysia kepada kepimpinan politik ditahap terendah

spot_img

Kuala Lumpur 2 Ogos : Pilihanraya yang ke 14 lalu menyaksikan rakyat berani mencuba dan yakin dengan janji parti gabungan baru sehingga tumbangnya gabungan parti yang menjadi kerajaan selama 60 tahun.

Tetapi di dalam penggal yang sama, rakyat juga telah hilang kepercayaan kepada gabungan yang menang pilihanraya tersebut akibat isu agama, perkauman dan langkah ahli-ahli parlimen mencatur ‘kerajaan mereka sendiri’ dengan membelakangi mandat dan undi asal rakyat.

RUU Lompat Parti yang diluluskan di parlimen minggu lepas memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia untuk mengundi semula pada PRU15 nanti. Tetapi persoalannya siapa yang akan mereka undi ?

- Advertisement -

Soalan ini telah menjadi kerunsingan majoriti rakyat Malaysia yang tidak berparti politik atau bukan ahli mana-mana parti politik.

Rakyat kini dilihat tidak memihak kepada kerajaan mahupun pembangkang. Yang menyokong kedua-dua pihak ini ialah mereka yang mempunyai kepentingan atau ahli-ahli parti politik sahaja.

Rujuk di semua akhbar online atau portal parti online, tiada mana-mana parti atau pemimpin politik mendapat sanjungan atau sokongan positif. Majoritinya hanya komen negatif dan ‘makian’ sahaja. Rakyat Malaysia ‘pukul rata’ semua parti politik dan pemimpin-pemimpin parti politik kali ini.

- Advertisement -

Sebelum PRU14, 90% rakyat di media massa serta media sosial dapat dilihat menyebelahi gabungan baru dan mahu ‘mengusir’ kerajaan Barisan Nasional.  Hasilnya PH menang. Namun ianya kabur kini siapa yang rakyat suka.

BN dicop sebagai parti rasuah dan ada dikalangan rakyat yang tidak selesa dengan reputasi kluster mahkamah. Tetapi BN dilihat lebih stabil dan berpengalaman kerana mereka telah lama di persada politik negara.

PH pula dicop sebagai tidak memelihara hak-hak orang Melayu, melawan raja-raja Melayu serta ingin menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu. 22 bulan PH memerintah memberi trauma kepada orang Melayu. Pengundi Melayu melihat PH diketuai oleh DAP. Kekuatan PH sememangnya diakui terletak pada banyaknya sumbangan kerusi bandar parlimen-parlimen DAP.

PN pula dicop sebagai parti pengkhianat kepada mandat rakyat dan partinya banyak terdiri dari pemimpin-pemimpin yang lari daripada parti asal mereka selepas tewas pada PRU14 lalu. Rakyat merasakan isu ‘lockdown’ yang terlalu lama semasa wabak Covid19 adalah untuk kepentingan kuasa sesetengah pihak semata-mata dan perebutan serta peralihan kuasa yang tidak berkesudahan menyebabkan rakyat berfikir dua kali sebelum mengundi PN. Kekuatan PN hanya terletak kepada bank pengundi dari parti PAS. Manakala Bersatu tidak mempunyai ahli dan jentera. Parti Gerakan pula tidak mendapat sokongan orang-orang Cina.

Jadi siapakah yang rakyat akan pilih pada PRU15 yang akan berlangsung tidak lama lagi ? Pandangan dari banyak pihak yang dikumpul oleh Berita Tular, ia akan terbahagi kepada beberapa segmen pola pengundi.

Pertama, parti yang mempunyai ahli-ahli politik terbanyak akan mempunyai kelebihan. Ini adalah bank undi mereka. Akar umbi yang telah lama dijaga akan setia dan memberi sokongan undi kepada parti mereka. Parti yang tidak mempunyai akar umbi pastinya akan mengharapkan undi dari parti gabungan mereka. Ini menyebabkan gabungan itu menjadi lemah dan tidak mampu menang kerusi pilihanraya dengan lebih banyak.

Kedua, pengundi yang di atas pagar. Mereka akan melihat mana-mana parti yang kuat, stabil dan tidak mudah tumbang. Pengundi golongan ini tidak mahu lagi kejadian bertukar-tukar kerajaan terjadi. Pengundi atas pagar ini majoritinya ialah profesisonal dan terdapat banyak dari golongan M40 (berpendapatan pertengahan dan hidup di bandar). Mereka mahukan kestabilan dan kesinambungan kerja atau perniagaan mereka. Golongan terpelajar ini tahu walau siapa pun yang menjadi kerajaan, mencari wang untuk masa depan atau kehidupan seharian bergantung sepenuhnya kepada usaha mereka sendiri, bukan bantuan kerajaan. Jadi mereka perlukan situasi yang stabil di dalam negara. Jadi gabungan parti yang kuat dan stabil akan menjadi pilihan mereka

Ketiga adalah undi 18 ataupun undi anak muda. Parti-parti Melayu tidak boleh mengharapkan undi dari anak muda Melayu. Statistik menunjukkan mereka adalah golongan paling rendah mempunyai kesedaran untuk keluar mengundi. Tidak sama dengan pengundi golongan anak muda bukan Melayu. Anak muda Melayu jika keluar mengundi sekali pun, kecenderungan memilih akan mengikut pilihan tradisi ibu bapa mereka. Begitu juga dengan undi18 bukan Melayu, anak muda mereka pastinya akan memberi undi kepada parti atau gabungan yang bukan diketuai oleh parti dominan Melayu.

Yang terakhir ialah golongan yang tidak akan keluar mengundi kali ini. Pengundi golongan ini mungkin ada sedikit kekangan seperti jauh untuk pulang mengundi, bekerja, faktor ekonomi diri dan sebagainya. Perlu mengambil cuti dan masa untuk mengundi, namun semangat mengundi golongan ini tidak akan sama lagi seperti PRU14 lalu. Kali ini mereka beranggapan bahawa jika mengundi pun, kerajaan akan berada di dalam situasi tidak pasti atau wawasannya tidak jelas. Jadi mereka terus tidak mengundi kerana tidak percaya kepada semua parti politik.

PRU15  juga dijangkakan bahawa peratusan untuk keluar mengundi akan tetap rendah. Juga faktor wabak masih menjadi ketakutan pengundi bukan Melayu.

Adakah pola kemenangan dan keluar mengundi akan tetap sama seperti dua pilihanraya negeri baru-baru ini ? Penganalisis berpendapat kecenderungan ke arah itu adalah tinggi.

Editorial Berita Tular

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img