spot_img
spot_img

Siswazah menganggur – masa untuk menjadi usahawan digital

spot_img

PETALING JAYA: Sebanyak 106,000 siswazah bekerja dalam kategori berkemahiran rendah pada tahun lalu, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, bilangan siswazah yang bekerja dalam kategori mahir juga merekodkan penurunan sebanyak 1.2 peratus atau 35,800 orang, susulan pengurangan dalam kategori pengurus.

Katanya, pada tahun lalu, sebanyak 2.96 juta siswazah atau 64.8 peratus, bekerja dalam ka­tegori mahir daripada 4.57 juta orang siswazah yang bekerja.

- Advertisement -

“Sebanyak 32.9 peratus lagi siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir yang mana sebahagian besarnya adalah pekerja sokongan perkeranian (14.4 peratus), diikuti perkhidmatan & jualan (10.8 peratus) dan kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan (4.2 peratus). Siswazah bekerja dalam ka­tegori ini meningkat 19.4 peratus (243,900 orang),” katanya dalam kenyataan.

Secara umum, pada tahun lalu, kadar pengangguran siswazah berkurangan kepada 4.1 peratus manakala sebanyak 33.9 peratus siswazah dalam guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

Mohd. Uzir berkata, bilangan siswazah di Malaysia seramai 5.61 juta pada tahun lalu, me­rangkumi 22.1 peratus daripada penduduk dalam umur bekerja 15 tahun dan ke atas.

- Advertisement -

Katanya, siswazah merujuk kepada individu yang memiliki sijil tertinggi yang diperoleh daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun. Siswazah lulusan ijazah meliputi 53.6 peratus atau 3 juta orang, manakala lulusan diploma 46.4 peratus (2.60 juta orang).

“Daripada keseluruhan siswazah pada tahun tersebut, sebanyak 4.77 juta berada dalam tenaga buruh, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh siswazah (KPTBS) sebanyak 85 peratus. Perbandingan tahun ke tahun, bilangan tenaga buruh naik 4.6 peratus berikutan peningkatan dalam siswazah bekerja manakala bilangan siswazah menganggur menurun,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, bilangan siswazah dalam guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran naik 14.4 peratus (194,700 orang) pada 2021 kepada 1.55 juta orang (2020: 1.36 juta orang) berikutan golongan itu bekerja dalam jawatan yang tidak sepadan dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

Sehubungan itu, katanya, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran dalam kalangan siswazah melonjak 2.7 mata peratus kepada 33.9 peratus selepas mencatatkan pe­ningkatan 4.4 mata peratus pada 2020 kepada 31.2 peratus.

Mengikut aktiviti ekonomi, majoriti siswazah bekerja dalam sektor perkhidmatan (77.4 peratus), diikuti pembuatan (13.7 peratus), pembinaan (6 peratus), pertanian (2.1 peratus) dan perlombongan & pengkuarian (0.8 peratus).

Kini masanya para siswazah perlu membuka mata dan menceburi bidang digital. Tidak semestinya menjadi usahawan, mereka juga boleh menjadi konsultan di dalam memberikan pengetahuan digital kepada pasaran. Ini adalah apa yang diperlukan dipasaran dan masa hadapan.

Jendela Biz menyediakan peluang ini buat semua siswazah. Daftar percuma di https://jendela.biz/program-francais

atau hadir ke Jendela Biz Opportunity (JBO) yang bakal diadakan pada 13 Ogos 2022 kelak.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img