spot_img
spot_img

Pasaran gelap akan mengaut hasil lebih besar

spot_img

PETALING JAYA: Advokasi Runcit dan Jenama Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia) menyifatkan langkah kerajaan melaksanakan larangan menyeluruh ke atas produk rokok dan vape hanya akan menguntungkan sindiket jenayah dan serta menyemarakkan pasaran gelap.

Malah kata Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Datuk Fazli Nordin, pengharam itu akan menyebabkan kehilangan hasil cukai kerajaan daripada industri berkenaan.

Kata beliau, pasaran rokok haram sekarang dianggarkan pada kadar 58.4 peratus, yang menyebabkan kerajaan kehilangan hasil cukai RM5 bilion.

- Advertisement -

“Walaupun Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan bahawa ia akan meningkatkan usaha penguatkuasaan, sejarah telah membuktikan berkali-kali bahawa usaha ini tidak berkesan. Adalah naif untuk berfikir ia akan berbeza kali ini,” katanya dalam kenyataan.

Fazli yang bimbang dengan kelulusan Kabinet terhadap larangan itu berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang progresif dan melaksanakan larangan menyeluruh akan menjejaskan perniagaan serta peruncit yang sah.

Turut kecewa dengan langkah kerajaan itu adalah Malaysian Vapers Alliance (MVA) dengan menyifatkan tindakan salah mengkategorikan vape dengan rokok tradisional, sedangkan terdapat banyak bukti saintifik yang mencukupi menunjukkan ia berbeza sama sekali.

- Advertisement -

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin berkata, bukti penyelidikan bebas di seluruh dunia membuktikan bahawa walaupun vape mempunyai risiko, risiko tersebut jauh lebih rendah berbanding dengan merokok.

Malah kata beliau, vape juga telah berjaya membantu ramai perokok dalam berhenti merokok.

“Sungguh mengecewakan melihat Kerajaan terus mengabaikan sains dan bukti-bukti yang ada. Dengan larangan itu, Kerajaan mengambil hak vaper yang telah membuat pilihan untuk menggunakan produk yang terbukti kurang berbahaya. Dan lebih teruk, memaksa vaper beralih kepada produk yang tidak terkawal. Ini adalah salah dan MVA menyeru kerajaan menyemak semula keputusan ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img