spot_img
spot_img

Mengapa rakyat China enggan bayar pinjaman perumahan?

spot_img

Gelombang pembeli rumah yang tidak berpuas hati dan enggan membayar pinjaman perumahan yang belum siap atau tergendala semakin meningkat dengan parah. Ini kerana pembeli mengetahui bahawa pemaju hartanah kini dibelenggu hutang hingga kehabisan wang tunai.

Pembayaran oleh pembeli telah berhenti pada 100 projek di lebih 50 bandar, menurut penyelidik China Real Estate Information Corp. Penganalisis percaya bahawa kejatuhan dalam nilai rumah mungkin menjadi penyebab lain bagi keengganan pembeli untuk membayar. Sebelum ini, pinjaman perumahan di China telah dianggap antara aset perbankan paling selamat kerana bayaran pendahuluan yang tinggi dan nilai cagaran.

Tetapi sekarang, rakyat China mula membuat ‘pemberontakan bayaran pinjaman’. Ia terjadi pada projek hartanah yang belum selesai.

- Advertisement -

(Daerah yang banyak projek tergendala)

Kemerosotan hartanah negara China bermula pada tahun lalu apabila Xi Jinping berusaha untuk menjinakkan harga lonjakan tinggi dan mengurangkan risiko dengan mengekang pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan untuk pemaju hartanah.

- Advertisement -

Penutupan bandar dan wilayah ketika memerangi wabak Covid juga menyumbang kepada kemerosotan dalam jualan perumahan. Harga hartanah telah menjunam dan barisan pemaju utama telah gagal membayar bon mereka. Sistem kewangan China berada di atas 46 trilion yuan ($6.8 trilion) pinjaman perumahan tertunggak dan masih mempunyai 13 trilion yuan pinjaman kepada pemaju yang kini tersepit itu.

Pasaran menunjukkan sedikit tanda pemulihan walaupun beberapa bandar melonggarkan sekatan ke atas pembelian rumah dan bank pusat mengurangkan kadar faedah pinjaman pada bulan Mei lalu.

Bagaimanakah China bertindak balas terhadap boikot bayaran pinjaman ini ? Pengawal selia perbankan China telah meminta pemberi pinjaman untuk menawarkan kredit kepada pemaju hartanah yang layak supaya mereka dapat menyelesaikan projek kediaman. Pengawal selia juga dilaporkan meminta bank untuk menyokong penggabungan dan pengambilalihan oleh pemaju untuk membantu menstabilkan pasaran, dan untuk meningkatkan komunikasi dengan pembeli rumah serta melindungi hak undang-undang mereka. China juga mungkin membenarkan pemilik rumah untuk menghentikan sementara pembayaran pinjaman tanpa dikenakan penalti, sumber dipetik dari Bloomberg News.

Bandar China yang menghadapi pemboikotan paling banyak setakat ini ialah Zhengzhou di Wilayah Henan, merancang untuk menubuhkan dana bailout untuk membantu pemaju yang kekurangan wang menyiapkan projek perumahan. Keutamaan Beijing adalah untuk mengelakkan krisis hartanah yang lebih mendalam yang akan menyebabkan gelombang kejutan merentasi sistem kewangan.

Statistik :
-2 trilion yuan
Jumlah gadai janji yang terjejas oleh boikot

-46 trilion yuan
Anggaran gadai janji tertunggak di China

-Lebih 50
Bilangan bandar di mana projek dilaporkan terjejas oleh pinjaman perumahan.

Enjin pertumbuhan terbesar China ialah pembinaan dan jualan rumah, dengan sektor hartanah dianggarkan menyumbang kira-kira satu perempat daripada KDNK. Sebarang masalah hartanah akan membawa malapetaka kepada ekonomi negara, dan tekanan boleh merebak ke seluruh sistem kewangan dunia dan bergema melalui pasaran kredit di seluruh dunia.

Pemaju hanya menyiapkan kira-kira 60% daripada rumah prajual antara tahun 2013 dan 2020, manakala pinjaman terkumpul meningkat sebanyak 26.3 trilion yuan, kata penganalisis Nomura.

Sekiranya setiap pembeli ingkar, itu akan membawa kepada peningkatan 388 bilion yuan ($58 bilion) dalam pinjaman tidak berbayar, menurut Jefferies. GF Securities Co. menjangkakan bahawa sebanyak 2 trilion yuan pinjaman boleh terjejas oleh boikot.

Walau bagaimanapun, pemberi pinjaman China kebanyakannya mengatakan bahawa keadaan masih terkawal. Dalam kebanyakan kes, jumlah tertunggak membentuk kurang daripada 1% daripada jumlah portfolio pemberi pinjaman.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img