spot_img
spot_img

Elon Musk nafi jalin hubungan dengan isteri kawannya

spot_img

WASHINGTON: Hartawan terkemuka, Elon Musk menafikan laporan berita yang mendakwa kononnya beliau mempunyai hubungan sulit dengan Nicole Shanahan iaitu isteri kepada pengasas bersama Google, Sergey Brin.

Malah, Musk turut menuduh laporan yang pertama kali disiarkan dalam Wall Street Journal itu sengaja menyiarkan berita palsu berhubung dirinya dan syarikat pengeluar kenderaan elektrik, Tesla.

Lapor The Guardian, ketua pegawai eksekutif Tesla itu menerusi ciapan di Twitter menolak dakwaan hubungan sulit dan merujuk kandungan laporan tersebut sebagai ‘mengarut’.

- Advertisement -

Musk turut menegaskan beliau masih berkawan dengan Brin, malah turut menghadiri sebuah parti bersama lelaki itu pada Ahad lalu.

“Saya dan Brin menghadiri sebuah parti bersama pada malam Ahad lalu.

“Saya hanya melihat Nicole dua kali dalam tempoh tiga tahun dengan kedua-duanya di khalayak ramai, bukannya berdua-duaan. Tiada apa-apa yang romantis antara kami,” katanya.

- Advertisement -

Shanahan merupakan peguam dan felo penyelidik di CodeX, sebuah organisasi menggunakan teknologi untuk menambah baik proses undang-undang yang berpangkalan di Universiti Stanford di California.

Memetik individu yang enggan mendedahkan identiti, Wall Street Journal melaporkan Musk menjalinkan hubungan sulit dengan Shanahan pada Disember tahun lalu.

Akhbar itu juga mendakwa hubungan sulit itu mendorong Brin memfailkan perceraian terhadap Shanahan pada Januari lalu dan bertindak memutuskan persahabatan yang lama terjalin antara dua hartawan tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img