spot_img
spot_img

Menteri ramai, gaji besar, masalah rakyat belum selesai

spot_img

Kuala Lumpur 26 Julai : Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Abdul Rahman mengulangi kritikannya terhadap pentadbiran kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri kerana gagal memahami dan membantu menyelesaikan kesukaran hidup rakyat.

Beliau konsisten menyuarakan kemusykilan peranan yang diberikan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk menerajui pasukan khas Jihad Inflasi.

Semalam, Annuar Musa mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu bersyukur yang harga barangan di Malaysia masih termurah di kalangan negara anggota ASEAN. Annuar juga menepis cadangan untuk memotong gaji menteri kerana memberi alasan tiada negara di dunia ini yang berjaya menyelesaiakan isu inflasi dengan memotong gaji menteri mereka.

- Advertisement -

Syed Saddiq membidas dengan berkata kabinet kerajaan Malaysia kini mempunyai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri, namun masih gagal memahami kesusahan rakyat jelata.

Syed Saddiq mengkritik kerajaan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO di posting facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara pernah mendedahkan gaji sebulan pemimpin tertinggi negara. Gaji Perdana Menteri ialah RM20,540, Timbalan Perdana Menteri (RM16,351), menteri (RM13,416) dan timbalan menteri (RM9,762).

- Advertisement -

Jika gaji tersebut ditolak 10 peratus daripada gaji asal seperti yang diamalkan kerajaan PH, ini bermakna kerajaan Ismail Sabri yang diwarisi dari kerajaan PN perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun berbanding zaman PH kira-kira RM7.4 juta setahun.

Jumlah tersebut belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang disediakan seperti keraian dan rumah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img