spot_img
spot_img

400 mati setiap minggu sebab rokok

spot_img

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan 400 kematian setiap minggu akibat rokok, dedah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, pengambilan tembakau adalah faktor utama pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital.
“Produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok,” katanya menerusi hantaran di laman Tiktoknya, pada Selasa.

Beliau berkata, nikotin mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk sampai ke otak sebaik sahaja perokok menyebut asap rokok.
“Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, sekali gus menjadikan ramai yang merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit,” katanya.
Tegasnya, rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok sahaja bahkan orang sekeliling.

- Advertisement -

“Ingat tiada kuantiti atau Jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan.
“Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok,” katanya dalam rakaman video itu sempena kempen akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 dibentangkan minggu hadapan.

Setiap tahun, seramai enam juta mati di seluruh dunia akibat rokok.

SinarHarian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img