spot_img
spot_img

Siti Nurhaliza dan Datuk K buka sekolah di Palestine

spot_img

21 Jul – Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini mengumumkan bahawa yayasannya telah berjaya membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin yang dinamakan Sekolah Afwa & Aafiyah.

Superstar Malaysia itu berkongsi di media sosialnya dengan menulis, “Alhamdulillah, sejak Oktober 2021, Sekolah Anak Afwa & Aafiyah telah berjaya ditubuhkan di Gaza, Palestin. Sedikit demi sedikit, kami membangunkan sekolah di bangunan yang disewa, dan menggaji guru dan kakitangan.”

Siti berkata sekolah itu mengajar ayat-ayat, Al-Quran, akademik serta pendidikan moral dan menyediakan jamuan makanan kepada semua pelajar pada waktu persekolahan.

- Advertisement -

(Sekolah itu diberi nama atas kedua anaknya)

“Ini adalah usaha saya, suami, Yayasan Nurjiwa serta sumbangan orang ramai terus kepada Yayasan Nurjiwa dan juga kepada Tabung Bencana Alam, Palestin dan Covid-19,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img