spot_img
spot_img

Sektor Halal bakal cecah $3 Trilion menjelang tahun 2023

spot_img

Kuala Lumpur 21 Julai : Para usahawan disarankan agar terus berani menceburi bidang baharu seperti halal, perdagangan karbon, ekonomi digital dan teknologi boleh diperbaharui agar kekal berdaya saing dan maju.

Saranan itu disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang merupakan Pengerusi Kumpulan Boustead Holdings Bhd di majlis Majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global 2022 (GBLA) dan Anugerah Kecemerlangan Halal Global 2022 (GHEA) bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur malam tadi.

GBLA dan GHEA merupakan suatu bentuk pengiktirafan yang berprestij untuk individu dan syarikat yang mencapai kecemerlangan dalam aspek pengurusan kepimpinan, pertumbuhan perniagaan dan kelestarian korporat.

- Advertisement -

Selain itu, beliau menggesa setiap pihak untuk terus menerapkan Matlamat Pembangunan Mampan dalam perniagaan mereka supaya dapat membantu mengimbangi serta mancapai matlamat Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030.

Di sektor halal pula, beliau berkata transaksi akan meningkat kepada USD 3 Trilion menjelang tahun 2023.

“Industri halal telah membuktikan keupayaannya dan ini merupakan peluang besar buat usahawan kita untuk berkecimpung dalam industri yang semakin pesat berkembang ini bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi di global”, gesanya yang juga merupakan bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

- Advertisement -

Beliau mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah dan penganjur majlis, agar acara tersebut dapat menjadi asas untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang dan secara tidak langsung memberi kesan positif ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img