spot_img
spot_img

7 cara kuasai kewangan generasi muda perlu tahu

spot_img

Jurang generasi memang berbeza, tidak kira berapa umur anda, semuanya sangat berbeza, dan itu adalah sebahagian daripada aturan hidup oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Tetapi asas berkenaan kejayaan, sebahagian besarnya tetap sama.

Mereka yang benar-benar berjaya tidak pernah mengimpikan untuk bersara. Mereka ingin menyumbang bakti kepada orang lain seperti menurunkan ilmu atau kesenangan. Semua ini juga memerlukan kewangan yang solid.

Berikut ialah tujuh pelajaran penting tentang kehidupan dan wang yang perlu diketahui oleh setiap orang dewasa yang masuh muda:

- Advertisement -

1. Minta orang berjaya untuk makan tengah hari (secara maya) bersama anda.

Pengetahuan dan pengalaman tentang masa lalu akan banyak membantu anda untuk masa depan, itulah sebabnya perlu sentiasa mencari orang yang paling berpengalaman dalam syarikat/bisnes mereka — atau mereka yang paling lama bekerja di sana — untuk makan tengah hari. Jika mereka masih bekerja di suatu tempat pada tempoh waktu yang lama, mereka mesti mempunyai sesuatu untuk ditawarkan.

Mereka akan gembira untuk melakukannya (diajak lunch), kerana tiada siapa yang pernah meminta mereka berkongsi pengalaman mereka, sejarah mereka. Kisah mereka akan memberikan anda peluang dan pandangan yang berbeza tentang perniagaan atau industri anda, dan ia akan menjadi lebih berharga kepada anda daripada kebanyakan mesyuarat yang terlalu kerap.

- Advertisement -

Di waktu pandemik ini, kemungkinan besar ia akan menjadi makan tengah hari secara maya. Walaupun suasana yang tidak rapat, makan tengah hari secara maya memberi anda kelebihan masa: Tidak menunggu pelayan, makanan atau bayaran dan tiada penyebaran virus yang boleh membawa maut !

2. Jangan sekali-kali menelefon atau menghantar e-mel kepada orang yang sibuk pada pagi Isnin.

Orang yang sibuk memulakan rutin perniagaan mereka untuk minggu tersebut, dan anda adalah orang yang terakhir yang mereka mahu dengar pada hari mereka bermula — ia akan memberikan gambaran bahawa anda adalah seorang yang tidak produktif untuk mereka, membuang masa mereka, tidak kira betapa layaknya ata bersemangatnya anda.

Sebaiknya, hubungilah pada tengah hari Selasa, selepas makan tengah hari. Pada masa itu, orang yang sibuk lebih menerima panggilan ini kerana mereka sudah mengikuti rentak pada minggu tersebut.

3. Jadi anda ingin memulakan perniagaan…

Beberapa peraturan penting yang akan menjimatkan banyak masa dan wang anda (walaupun anda bukan seorang usahawan yang bercita-cita tinggi):

Cepat bertindak. Lupakan banyak rancang perniagaan. Saya telah melihat ramai usahawan melabur berbulan-bulan dalam penyelidikan dan kajian. Sebaliknya, sediakan rancangan dua muka surat sahaja yang boleh difahami oleh ‘nenek anda’. Kemudian teruskan segera melaksanakannya.

Keluar dan jual perkhidmatan anda! Kumpul duit. Dapatkan pelanggan yang akan menceritakan pengalaman baik dan pujian kepada anda, dan jangan terlalu risau tentang margin berapa yang anda dapat. Jika anda boleh melakukan ini, anda akan menarik ramai pelanggan dan menyedarkan merekalah sebenarnya yang mahukan perkara yang anda fikir mereka perlukan (yang anda jual).

Bermula di usia muda. Ia menjadi lebih sukar apabila anda semakin tua. Sesetengah orang suka idea untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk itu jika bermula dilewat usia, atau tidak mampu menanggung risiko. Anda mungkin akan gagal beberapa kali, tetapi usahawan sejati akan sentiasa berjaya !

Belajar asas perakaunan sekurang-kurangnya. Ia ternyata sangat diperlukan. Dan ini tidak bermaksud menguasai secara kompleks berkenaan kewangan atau ekonomi — apa yang dimaksudkan ialah seperti asas membaca penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Anda akan menjadi lebih efektif dalam berurusan dengan orang yang mahir kewangan, dan menjadi lebih dipercayai dengan rakan kongsi dan berpotensi memperoleh keuntungan akhirnya.

Mempunyai pintu keluar (exit plan). Ramai usahawan merupakan orang yang sangat bijak, tetapi ramai yang tidak pernah menganggap strategi keluar sebagai penting sehingga ianya sudah terlambat. Ramai juga tidak mempunyai perbandingan dalam jumlah wang modal yang akan dikeluarkan dan berapa yang dijadualkan semula untuk diperoleh (target untung). Keputusan yang dibuat di awal perniagaan sebenarnya boleh membawa kepada jalan keluar, atau boleh menghalang kerugian atau bebanan.

4. Ada orang yang anda tidak boleh selamatkan daripada diri mereka sendiri.

Ini adalah masalah mereka yang tidak sabar dan membuat keputusan yang terburu-buru.

Sebagai contoh kini, stok pasaran saham mula turun. Anda kekal dengannya, merasakan ia tidak boleh turun di bawah $45. Kemudian, pada $40, anda tidak boleh percaya betapa murahnya harga saham itu. Akhirnya, pada $20, setelah bersabar hingga ke nilai bawah, anda tidak boleh tahan lagi melihatnya dan menjual stok tersebut.

Anda perlu menerima kerugian anda, walaupun kedengarannya agak kejam. Tetapi mengetahui kelemahan tentang hubungan yang melemahkan tenaga anda dan poket anda boleh memberi kesan kepada kesihatan mental anda.

5. Tanya soalan yang betul apabila anda menemuduga atau berinteraksi dengan penasihat kewangan.

Berikut adalah soalan-soalan yang hampir tiada siapa yang pernah bertanya kepada penasihat kewangan. Dan itu adalah soalan utama yang sepatutnya ditanya kepada sesiapa sahaja yang boleh membimbing anda dalam hal kewangan:

1) “Apakah falsafah pelaburan anda?” Jika mereka tidak dapat menyatakan falsafah mereka dalam beberapa perenggan mudah, dalam bahasa Inggeris biasa, maka cari lah yang lain.

2) “Apakah salah satu kejayaan terbesar anda dalam pasaran? Dan apakah keputusan yang membawa anda kepada kejayaan tersebut? Apakah yang anda pelajari daripada proses itu?” Kemudian tanya, “Bagaimana dengan salah satu kesilapan terbesar anda? Apa yang salah dan apa yang anda pelajari daripadanya?”

3) “Apa yang kamu miliki sendiri? Di mana anda meletakkan wang anda sendiri?”

Ramai orang yang ingin mengawasi wang anda tidak mempunyai nilai bersih mereka yang banyak. Dapatkan pengurus wang yang mempunyai sama tingkat kekayaan atau lebih dari anda, untuk percaya mereka. Jadi jika mereka tidak dapat menjawab soalan ketiga anda, teruskan mencari lain.

6. Rasa berhak lambat laun akan menjatuhkan anda. (Self-entitlement)

Jangan sesekali berasa anda layak walaupun ya sememangnya anda layak. Percaya 100% kepada rezeki tuhan. Anda tidak mahu berasa kecewa. Hukum alam tidak berhutang dengan anda, tetapi rezeki yang baik sentiasa hadir pada mereka yang kuat berusaha.

7. Kelebihan unik / luar biasa yang ada dalam diri atau hidup anda boleh membuka peluang.

Orang berjaya, bos atau pemilik bisnes melihat beratus-ratus resume setahun daripada semua peringkat umur mahukan kerjaya. Hampir kesemuanya adalah biasa-biasa dan sering dibaca: Pendidikan, kerja, sejarah. Ia membosankan.

Masukkan unsur-unsur kehidupan. Sebagai contoh jika hobi anda adalah seorang pelatih karate. Ini menarik minat orang kerana hobi itu cukup berdisiplin untuk mengamalkan seni mempertahankan diri.

Aspek luar biasa dalam kehidupan anda bukan sahaja boleh meningkatkan dan memperkaya pengalaman anda, ia juga boleh membuka pintu kepada peluang baru dan memastikannya terbuka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img