spot_img
spot_img

Kenapa Anwar masih belum PM sebenarnya ?

spot_img

Johor Bahru 17 Julai : Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mempersoalkan kebolehan Anwar untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

(Tan Sri Shahrir Abdul Samad)

Kini Anwar berkata bahawa beliau tidak berjaya menjadi Perdana Menteri semasa Langkah Sheraton adalah disebabkan oleh tidak mahu mengikut telunjuk ‘kluster mahkamah’ UMNO.

Tetapi Shahrir cuba menyedarkan Anwar kononnya siapakah yang mula-mula sekali mengkhianati Anwar Ibrahim dalam soal jawatan PM ? Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu menuduh Tun Mahathir yang menjanjikan jawatan PM kepada Anwar tetapi Tun Mahathir juga yang menggagalkan perjanjian itu selepas Perdana Menteri ke 8 itu meletakkan jawatan secara mengejut. Shahrir mendakwa salah satu sebab tindakan Tun Mahathir itu adalah untuk mengelak beliau menunaikan janji memberikan jawatan PM kepada Anwar.

- Advertisement -

“Sekarang ni, dijadikan isu dia yang tak jadi jadi PM seolah-oleh kerana prinsipnya, tak mahu bersubahat dengan ‘perasuah’!

Tak habis-habis hikayat Anwar Ibrahim dengan jawatan PM tu”, kata Shahrir secara sinis di dalam facebook.

Beliau menambah PH sudah berjaya memenangi PRU14 yang lalu dan Anwar juga telah mendapat pengampunan diraja, dibebaskan dari penjara.

- Advertisement -

“Tun Mahathir je yang tak mahu melihat Anwar jadi PM.

Apa nak dibuat? Bila nak tutup cerita ni?”, soal Tan Sri Shahrir supaya isu ini segera diketepikan.

Beliau berpendapat, sama seperti semua akar umbi UMNO untuk segerakan pilihanraya agar mandat dapat dikembalikan kepada rakyat dan berakhirnya segala perebutan jawatan yang tidak berkesudahan ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img