Putrajaya : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah salah jika Pakatan Harapan memesongkan fakta berkenaan ekonomi Malaysia sama dengan apa yang terjadi pada Sri Lanka.
Sri Lanka kini di dalam keadaan darurat, bankrup dan kepimpinan kerajaan mereka telah meletakkan jawatan atau lari ke luar negara apabila rusuhan rakyat mendakwa pemimpin-pemimpin tersebut melakukan korupsi yang besar.
Najib berkata, masalah Sri Lanka ialah kerana kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan untuk membayar hutang matawang asing. Rizab matawang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdangangan antarabangsa (iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport).
(Datuk Seri Najib Tun Razak)
Tambah beliau lagi, Sri Lanka yang merupakan net importer (import keseluruhan) bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi.
Jadi, Najib menafikan dakwaan keadaan di sana akan juga terjadi pada Malaysia.
Najib memberi fakta di antaranya ialah hutang negara Sri Lanka dalam matawang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b. Manakal hutang Malaysia dalam matawang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing Malaysia adalah US$116b.
Sri Lanka juga telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama menurut Najib. Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu.
Yang mengeruhkan lagi ekonomi negara itu ialah Sri Lanka adalah negara pengimport bahan api. Dengan keadaan pasaran harga bahan api dunia yang tinggi sekarang, ia merupakan beban besar kepada Sri Lanka.
Sebaliknya, Malaysia adalalah negara pengeksport bahan api dan harga minyak serta gas dunia yang tinggi. Ini adalah manfaat terbesar bagi Malaysia, menurut beliau yang juga bekas Menteri Kewangan Malaysia.
Najib menyeru sesetengah pihak supaya tidak menggunakan kesempatan darurat yang terjadi di Sri Lanka untuk menipu, menakutkan dan menghasut rakyat di dalam negara ini.
“Besar paling nyata ketika ini ialah warga Sri Lanka kini perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol. Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika kami pulang untuk raya minggu lepas”, ujar beliau di akhir kenyataannya.