spot_img
spot_img

Jihad Inflasi : Gah pada nama tapi tiada tindakan

spot_img

Kuala Lumpur : Harga barang dan inflasi menaik, rakyat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, tetapi kerajaan nampaknya hanya gah pada penubuhan sesuatu pasukan atau nama sahaja, tanpa tindakan yang membawa hasil positif.

Mungkin itulah yang disuarakan oleh bekas menteri belia dan sukan yang termuda, YB Syed Saddiq. Apabila tidak menjawat jawatan menteri lagi, mungkin beliau lebih dekat dengan masyarakat. Apatah lagi beliau juga merupakan anak muda.

Di manakah hilangnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diumumkan kerajaan pada hujung bulan Jun lalu ? Masih belum ada mengeluarkan apa-apa rangka kerja berkenaan inflasi di Malaysia, soal YB muda itu.

- Advertisement -

Beliau juga mempersoalkan tugas itu dipengerusikan Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa.

Syed Saddiq juga menambah, tiada apa-apa pun tindakan dari 4 jawatankuasa lain berkaitan harga barang dan kos sarta hidup yang ditubuhkan oleh kerajaan iaitu, Majlis Tindakan Kos Sara Negara, Majlis Tindakan Pengguna Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Pemulihan Negara.

- Advertisement -

“Apa jadi dengan yang lain dan mana laporan mereka?”, soal Syed Saddiq.

Tinjauan Berita-Tular mendapati, majoriti orang ramai beranggapan bahawa kerajaan kini tidak mampu berfungsi dengan baik, kerana ketidakstabilan politik, demam pilihanraya semakin hampir dan perebutan kuasa menyebabkan Perdana Menteri dan ahli-ahli politik lebih fokus kepada perjuangan mereka sendiri berbanding pemulihan dan kemajuan negara.

70% daripada 55 orang responden bersetuju supaya pilihanraya segera diadakan bagi memastikan kerajaan yang stabil untuk tempoh penggal pentadbiran yang baharu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img