spot_img
spot_img

Indonesia minta Grab pindah HQ ke Jakarta

spot_img

JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan memohon syarikat teknologi, Grab memindahkan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Singapura ke Indonesia.

Lapor CNN Indonesia, Luhut berkata, beliau akan menyokong penuh usaha Grab untuk membangunkan kenderaan elektrik sekiranya ibu pejabat syarikat itu dipindahkan ke negara ini.

“Selagi menyokong Indonesia, kami hanya mempunyai satu lagi permintaan iaitu mahu ibu pejabat Grab yang kini di Singapura untuk berpindah ke negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kenderaan elektrik Grab.

- Advertisement -

Permohonan itu dibuat oleh Luhut kepada Presiden Pengarah Grab Indonesia, Ridzki Kramadibrata.

Kata Luhut, beliau membuat permohonan demikian kerana Grab ketika ini menjana keuntungan besar dari Indonesia.

“Justeru, syarikat itu harus menggunakan kesempatan ini untuk menjana lebih banyak keuntungan di Indonesia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke sini,” katanya.

- Advertisement -

Grab adalah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Sebelum ini, Ridzki meminta kerajaan Indonesia menyokong usaha Grab untuk membangunkan kenderaan elektrik di negara itu.

Katanya, sokongan diperlukan terutamanya daripada Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Pertamina, Perusahaan Listrik Negara (PLN) dan Kementerian Pengangkutan.

Pengasas Grab, Anthony Tan dan Tan Hooi Ling memulakan perjalanan mereka 10 tahun lalu pada 2012 sebagai aplikasi MyTeksi di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia berkembang pada tahun berikutnya sebagai GrabTaxi. Ia telah berkembang menjadi aplikasi super kini. Pada 2014, ia memindahkan ibu pejabatnya ke Singapura dan dijenamakan semula sebagai “Grab” dan menjenamakan mereka sebagai syarikat multinasional dari Singapura, bukan Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img