COLOMBO (13 Julai): Dinasti Rajapaksa mendominasi politik Sri Lanka sehingga April tahun ini apabila demonstrasi jalanan terhadap kerajaan yang gagal menangani isu kekurangan bahan api dan makanan, mula hilang kawalan. Presiden Gotabaya Rajapaksa meletakkan jawatan pada hari Rabu, selepas itu tiada seorang pun daripada keluarga itu akan dibiarkan berkuasa.
Presiden berikrar bulan lalu untuk kekal sehingga akhir penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada tahun 2024, walaupun kemarahan yang rakyat yang membara. Beribu-ribu rakyat Sri Lanka menyerbu kediaman rasminya pada hari Sabtu lepas, memaksanya untuk bersembunyi dan bersetuju untuk meletak jawatan.
Kerajaan dinasti Rajapaksa didakwa telah merompak segala-galanya daripada rakyat dan dengan perletakkan jawatan-jawatan dari keluarga itu di dalam pentadbiran kerajaan, rakyat Sri Lanka berharap mereka akan menjadi negara terbaik di dunia dalam masa terdekat.
Mahinda meletak jawatan pada Mei lepas, sekali gus menamatkan tugas anaknya Yoshith sebagai ketua setiausaha. Anak lelaki yang lain, Namal, abang Chamal dan adik lelaki Basil dan Shasheendra juga berhenti sebagai menteri pada April lepas.
Bekas menteri kewangan, Basil, yang juga memegang kewarganegaraan A.S., telah dihalang daripada meninggalkan negara itu pada hari Selasa lepas oleh pegawai imigresen yang sangat takut dengan orang ramai jika dia dibenarkan lari keluar ke negara lain.
Negara Sri Lanka yang berpenduduk 22 juta orang itu hampir tidak mempunyai sebarang tunai lagi untuk mengimport bahan api, mereka juga telah gagal membayar berbilion dolar pinjaman asing, inflasi utama mencecah 54.6% bulan lepas, manakala sekolah dan pejabat ditutup untuk menjimatkan bahan tenaga petrol dan diesel.
Ia adalah krisis politik dan ekonomi yang paling teruk sejak kemerdekaan pada 1948, termasuk semasa perang saudara kejam di mana Gotabaya Rajapaksa, sebagai setiausaha pertahanan, yang menumpaskan pemberontak Harimau Tamil pada 2009.
Sebahagian besar alasan atau kesalahan untuk krisis itu diletakkan pada pandemik COVID-19 yang memburukkan industri pelancongan pulau itu dan kurangnya kiriman wang daripada warga Sri Lanka di luar negara. Pemotongan cukai Rajapaksa menyebabkan kurangnya hasil dalam negeri.
Perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk pakej menyelamat boleh membuahkan hasil akhir tahun ini atau paling awal tahun hadapan, mendorong Sri Lanka untuk mendapatkan lebih banyak bantuan daripada negara jiran India dan China.
Parlimen Sri Lanka akan memilih presiden baharu pada 20 Julai ini.
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe juga telah menawarkan untuk meletakkan jawatan, dan jika itu berlaku, speaker parlimen akan menjadi pemangku presiden selama beberapa hari mengikut perlembagaan sebelum pilihan raya berakhir.