spot_img
spot_img

Kulim Airport diteruskan

spot_img

Kulim, 13 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan bahawa Kumpulan Syarikat ECK (ECK) tidak lagi terlibat dalam usaha sama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Mukim Sidam Kiri di Kuala Muda.

Muhammad Sanusi berkata, usaha sama dengan syarikat itu ditamatkan pada Mei tahun ini selepas gagal mematuhi syarat perjanjian termasuk membayar deposit pengambilan tanah sebanyak 125 peratus daripada anggaran pengambilan tanah yang berjumlah RM2.1 bilion.

Menurut Sanusi lagi, kerjasama itu telah ditamatkan pada bulan Mei kerana ECK tidak dapat memenuhi syarat yang dipersetujui dalam perjanjian usaha sama. Apabila ia berlaku, kerajaan negeri tidak mahu projek itu dari tergendala, dan segera mencari pengganti syarikat lain. Beliau berkata demikian selepas melancarkan inisiatif Letak Kereta Pintar Kulim di sini hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata terdapat lapan syarikat yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan dilihat mempunyai “kekuatan” untuk membangunkan projek itu, yang dilaksanakan dengan pendekatan inisiatif kewangan swasta (PFI).

Jelas Muhammad Sanusi, KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), bertanggungjawab mengendalikan pembangunan projek itu dan akan membuat penilaian wajar sebelum melantik mana-mana syarikat yang layak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img