spot_img
spot_img

Batik Air merancakkan lagi industri penerbangan dan pelancongan negara

spot_img

KLIA 2 : Kementerian Pengangkutan menegaskan, Batik Air yang sebelum itu dikenali sebagai Malindo Air, bukanlah syarikat penerbangan baru. Ia adalah penjenamaan semula. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, berkata syarikat itu berdaftar sebagai syarikat Malaysia dan berpangkalan di negara ini sejak 2013.

“Tiada isu pun, malahan jika ia bakal menjadikan sektor penerbangan lebih ekonomi, kenapa tidak, walhal rakyat berhak merasai perkhidmatan terbaik dari segi kesalinghubungan lokasi.

Wee Kasiong berkata beliau mengalu-alukan mengalu-alukan operasi banyak operator. Beliau merasmikan penjenamaan semula Batik Air setelah hampir sedekad dikenali sebagai Malindo Air dan turut melancarkan pesawat B737-8 Batik Air yang julung kali beroperasi di negara ini setelah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

- Advertisement -

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail meluahkan kebimbangan pemberian Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) kepada dua syarikat.

(Kapten Izham Ismail)

- Advertisement -

Ia susulan kelulusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kepada SKS Airways dan MYAirline Sdn. Bhd. di mana menurut Kapten Izham ia akan memberi persaingan sengit pada Malaysia Airlines dan AirAsia.

Mengulas lanjut, Ka Siong menyangkal tanggapan MAG itu dan mengesahkan Batik Air ialah operator tempatan dan diberi ASL oleh Mavcom setelah melalui proses penilaian amat ketat. Beliau percaya Batik Air akan memberi potensi jangka panjang yang memberi manfaat besar bukan sahaja kepada KLIA, malah Malaysia sebagai hab udara yang diidamkan oleh kerajaan.

Beliau memberi contoh senario di rantau Asia Barat apabila menjadi tumpuan banyak syarikat penerbangan seluruh dunia dan sekali gus memberi limpahan ekonomi dari segi pelancongan.

Justeru ujarnya, Mavcom menilai ASL dari sudut komersial setelah Batik Air melepasi segala saringan ditetapkan oleh CAAM termasuk isu teknikal dengan kelulusan diberikan bukan mudah.

Sehubungan itu, walaupun Ka Siong memahami kenyataan dari Malaysia Airlines dan AirAsia, tetapi beliau meminta operator berkenaan agar lebih realistik dengan suasana semasa yang sudah pun jauh berbeza ketika dunia beralih kepada fasa pemulihan pasca pandemik. Beliau juga menegaskan kerajaan mahu semua operator beroperasi dan kekal.

Pada masa sama, beliau optimis persaingan akan menjadi lebih sihat terutama isu tambang yang tidak dikawal dengan hanya ditetapkan berdasarkan trend penawaran dan permintaan.

Situasi jangka panjang itu bakal memberi faedah besar kepada penumpang terutama kalangan B40 yang memerlukan perkhidmatan penerbangan khususnya ketika waktu puncak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img