spot_img
spot_img

Adakah terdapat perjanjian TPM untuk Bersatu ?

spot_img

JOHOR BARU, 8 Julai — Jawatan Timbalan Perdana Menteri disebut-sebut bakal diisi oleh salah seorang ahli Parlimen dari Parti Bersatu. Nama yang disebut antaranya ialah Datuk Seri Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Ini semua menjadi perhatian kerana Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan berkenaan jawatan-jawatan menteri pada pertemuan dengan Perdana Menteri minggu lalu.

Namun, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menolak dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai perjanjian dengan Perikatan Nasional untuk melantik timbalan perdana menteri daripada kalangan gabungan itu tetapi tidak menafikan ada perbincangan berkenaan jawatan itu. Hadi Awang berkata atas kesibukan urusan awam, maka tiada keputusan dibuat berkenaan perkara tersebut.

UMNO Johor melalui orang nombor duanya, Datuk Nur Jazlan Mohamed mahukan jawapan segera dari bekas setiausaha agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang kini merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

- Advertisement -

(Datuk Nur Jazlan Mohamed)

Nur Jazlan mahu mengetahui apakah perjanjian yang dibuat sejurus sebelum Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno, menjadi perdana menteri. Ini kerana jika ada perjanjian sedemikian, pastinya Ismail Sabri sebagai Naib Presiden UMNO akan memaklumkan parti dan parti akan memaklumkan kepada pemimpin bahagian dan akar umbi.

- Advertisement -

“Tetapi siapa tahu jika ada perjanjian politik yang dibuat di luar konteks parti. Mungkin bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa yang namanya disebut oleh ketua penerangan Bersatu boleh menghuraikannya,” tambah Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata sebagai ketua bahagian, beliau sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai apa yang dipanggil perjanjian TPM, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful mendedahkan bahawa Annuar Musa adalah ‘saksi hidup’ perjanjian Bersatu dan Ismail Sabri. Wan Saiful memuji Ismail Sabri kerana mengikuti amalan yang lazim di sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi matang dan mahukan gabungan bagi membentuk kerajaan.

(Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan)

Nur Jazlan turut mempersoalkan rasional pelantikan TPM sekarang, 11 bulan selepas Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Ia tidak menguntungkan Umno dan rakyat Malaysia, atau ia hanya memberi keuntungan kepada orang tertentu yang tidak dinamakannya.

Nur Jazlan berkata ahli parlimen UMNO lain juga turut menyokong Ahli Parlimen Bera itu untuk membolehkan beliau menjadi PM, bukan hanya sokongan dari Bersatu.

“Ahli Parlimen Umno juga sudah memberi sokongan, tetapi mereka tidak kemaruk untuk mengisi jawatan itu. Umno hanya mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum ke-15 diadakan segera,” kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan mendakwa desakan Presiden Bersatu itu adalah untuk memastikan kedudukan Bersatu relevan menjelang pilihan raya ke 15. Dengan jawatan yang ada, Bersatu mungkin akan dapat ‘membeli jiwa’ pemimpinnya supaya tidak meninggalkan parti itu. Katanya lagi, jika tidak ada jawatan dan portfolio kementerian, Bersatu akan kalah pada pilihanraya dan namanya hanya tinggal dalam lipatan sejarah atau hanya wujud dalam Wikipedia seperti parti Semangat 46 dahulu.

Pada masa ini, kerajaan sedia ada tidak mempunyai timbalan perdana menteri. Bagaimanapun Kabinet mempunyai empat menteri kanan menggantikan jawatan timbalan perdana menteri.

Foto : Awani

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img