KYIV, 7 Julai ― Bekas Presiden Rusia Dmitry Medvedev berkata percubaan Barat untuk menghukum kuasa nuklear seperti Rusia di perang Ukraine sebenarnya berisiko dan membahayakan manusia, kerana konflik hampir lima bulan itu telah menyebabkan bandar-bandar di sana hancur dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal.

Pencerobohan Russia pada 24 Februari ke atas Ukraine telah mencetuskan krisis paling serius dalam hubungan antara Rusia dan Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun 1962 dahulu, apabila ramai orang bimbang dunia berada di ambang perang nuklear.
Presiden AS Joe Biden berkata Presiden Rusia Vladimir Putin adalah penjenayah perang dan telah mengetuai Barat memperlengkapkan senjata askar Ukraine dan mengenakan sekatan ekonomi yang bertujuan untuk melumpuhkan Rusia.
“Idea untuk menghukum negara yang mempunyai salah kekuatan senjata nuklear terbesar adalah tidak masuk akal. Dan berpotensi menimbulkan ancaman kepada manusia sejagat,” kata Medvedev, kini yang merupakan timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, di Telegram semalam.
Rusia dan Amerika Syarikat mengawal kira-kira 90 peratus daripada kepala peledak nuklear dunia, dengan kira-kira 4,000 kepala peledak setiap satu dalam simpanan tentera mereka, menurut Persekutuan Saintis Amerika.
Medvedev mendakwa Amerika Syarikat sebagai empayar yang telah banyak menumpahkan darah di seluruh dunia, dengan memberi contoh pembunuhan penduduk asal Amerika, serangan nuklear AS ke atas Jepun dan pelbagai peperangan dari Vietnam hinggalah ke Afghanistan.
Percubaan untuk menggunakan mahkamah atau tribunal untuk menyiasat tindakan Rusia di Ukraine adalah sia-sia dan berisiko menyebabkan kemusnahan global. Ukraine dan sekutu Baratnya mendakwa tentera Rusia telah terlibat dalam jenayah perang.
Putin melancarkan pencerobohannya, memanggilnya sebagai “operasi ketenteraan khas”, untuk memusnahkan Ukraine, menghapuskan apa yang dikatakannya sebagai nasionalis berbahaya dan melindungi rakyat yang pro-Rusia di negara itu.
Ukraine dan sekutunya berkata Rusia melancarkan rampasan tanah gaya secara empayar lampau, mencetuskan konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Selepas gagal merampas ibu kota Kyiv lebih awal, Rusia kini melancarkan perang gempur untuk merampas wilayah Donbas Ukraine, yang sebahagiannya dikawal oleh proksi pemisah Rusia.
Pada hari Ahad lalu, Putin mendakwa kemenangan terbesarnya apabila tentera Ukraine berundur dari wilayah Luhansk. Tentera Rusia kemudian melancarkan serangan untuk menawan wilayah Donetsk yang berjiran dengannya.
Rusia berkata mereka mahu merampas kawalan wilayah timur dan kawasan perindustrian yang besar untuk dikuasai puak pemisah yang menyokong Moscow di Ukraine.
Pada hari Rabu, tentera Ukraine berkata setakat ini mereka telah menghalang sebarang kemaraan besar Rusia ke utara Donetsk, tetapi tekanan semakin meningkat dengan tembakan hebat ke atas bandar Sloviansk dan kawasan berpenduduk berdekatan.
Pihak tentera Ukraine berkata tentera Rusia mengebom beberapa bandar Ukraine dengan senjata berat untuk membolehkan tentera darat Rusia mara ke selatan ke wilayah itu dan mendekati Sloviansk.
Tentera Rusia yang lain, katanya, mempunyai target untuk merampas dua bandar yang berada di antara dalam perjalanan ke bandar Kramatorsk, selatan Sloviansk, dan juga cuba mengawal lebuh raya utama yang menghubungkan wilayah Luhansk dan Donetsk.
Datuk Bandar Sloviansk Vadym Lyakh memberitahu taklimat video bandar itu telah dibedil selama dua minggu lepas.
“Keadaan tegang,” katanya, sambil menambah bahawa 17 penduduk telah terbunuh di sana sejak 24 Februari.
Kementerian pertahanan Rusia berkata ia tidak menyasarkan orang awam dan pada hari Rabu berkata ia menggunakan senjata berketepatan tinggi untuk melumpuhkan ancaman ketenteraan.
Ukraine telah berulang kali merayu kepada Barat untuk menghantar lebih banyak senjata untuk menangkis pencerobohan yang telah membunuh beribu-ribu, berjuta-juta pelarian, dan memusnahkan bandar.
“Akhirnya, artileri Barat telah mula berfungsi dengan kuat, senjata yang kami dapat daripada rakan sekutu. Dan ketepatan mereka adalah apa yang diperlukan,” kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam mesej video setiap malamnya.
Di luar Donbas, bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv, tertakluk kepada serangan jarak jauh Rusia yang “berterusan”, kata Datuk Bandar Ihor Terekhov di TV Ukraine.
“Rusia cuba melemahkan semangat Kharkiv tetapi ia tidak akan berjaya,” katanya. Pertahanan Ukraine mengalahkan tentera perisai Rusia dengan baik dari Kharkiv di awal perang, dan Terekhov berkata kira-kira 1 juta penduduk kekal di sana.
Selatan Kharkiv, gabenor Dnipropetrovsk berkata wilayah itu telah dipukul oleh peluru berpandu dan tembakan, manakala di pantai selatan pelabuhan Mykolaiv juga dibedil dengan kuat, Oleksandr Senkevych, datuk bandarnya, memberitahu dalam satu taklimat.
“Tiada kawasan selamat di Mykolaiv,” katanya. “Saya memberitahu orang ramai… bahawa mereka perlu keluar dari kawasan itu.”
foto : US News