London 7 Julai : Boris Johnson telah meletak jawatan sebagai perdana menteri, namun beliau akan kekal dalam jawatan itu sehingga pengganti PM dari parti Konservatif dilantik.
Boris meletak jawatan selepas melihat kuasanya merudum apabila berpuluh-puluh ahli parlimen meletak jawatan dan sebilangan besar penyokong setianya sebelum ini berkata secara umum supaya supaya beliau berhenti.
Semasa beliau berucap di luar perkarangan Downing Street, Boris Johnson berkata ia jelas sekali merupakan kehendak parti Konservatif untuk beliau berundur sebagai pemimpin.
Bercakap di luar Downing Street, Boris Johnson mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keputusan pilihan raya 2019, di mana beliau memperoleh majoriti terbesar sejak 1980-an.
(Brexit adalah modal kempen Boris Johnson sehingga beliau menang dengan majoriti besar pada 2019)
Johnson telah menghadapi tekanan hebat untuk meninggalkan Downing Street selepas beberapa sekutunya yang paling setia membelot beliau, dan berkata beliau tidak peduli dengan masalah itu selama ini kerana beliau merasakan PM merupakan tugas dan kewajipannya yang lebih utama. Jadi beliau berpendapat untuk kekal di bawah mandat yang ada dimana ia diberikan pada tahun kemenangan 2019.
Tetapi keputusannya untuk kekal dalam jawatan itu sehingga pemimpin baharu ditemui berkemungkinan menimbulkan perbalahan di kalangan mereka yang berpendapat beliau harus segera pergi.
Sir Keir Starmer berkata Parti Buruh akan membuat undi tidak percaya jika Boris Johnson cuba bertahan.
Beberapa minit sebelum beliau hadir untuk ucapan peletakan jawatannya, beliau membuat beberapa pelantikan menteri baharu.
Pelantikan menteri-menteri baru itu termasuk: Greg Clark sebagai Setiausaha Pembangunan, James Cleverly telah dilantik sebagai Setiausaha Pendidikan dan Kit Malthouse sebagai Canselor untuk Duchy of Lancaster, menteri paling kanan dalam Pejabat Kabinet selepas Perdana Menteri.
Walaupun merancang untuk meneruskan tugasnya, tamparan hebat yang menyebabkan beliau meletak jawatan pada pagi Khamis ini jam 9 pagi ialah apabila Canselor Nadhim Zahawi memberitahunya untuk meletakkan jawatan. Setiausaha Kesihatan Michelle Donelan juga berhenti – semua ini kurang dua hari selepas mereka dilantik.
Berakhirnya pentadbiran Johnson yang huru-hara – kurang dua tahun selepas dia dipilih pada November 2019 – telah bermula pada malam Selasa apabila Rishi Sunak dan Sajid Javid meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan, mencetuskan gelombang ketidakstabilan besar-besaran pada pasukan teratas Johnson.
(Rishi Sunak letak jawatan menteri kewangan UK, diganti Nadhim Zahawi yang juga meletak jawatan selepas dua hari dilantik)
Semalam, nampaknya Johnson merancang bersungguh-sungguh dan berkata dia akan meneruskan demi pengundinya, walaupun asas sokongannya semakin berkurangan.
Ia kemudiannya menjadi jelas bahawa beliau tidak lagi boleh mentadbir tanpa sokongan kabinet atau seluruh Parti Konservatif.
Selepas mengharungi skandal berbulan-bulan, jawatan perdana menteri Boris Johnson akhirnya dimalukan lagi dengan tuduhan berbohong untuk menutup pengetahuannya tentang dakwaan salah laku seksual terhadap Chris Pincher.
Pemimpin parti buruh Sir Keir Starmer berkata ia adalah “berita baik untuk negara” bahawa Boris Johnson berundur.
Beliau menambah: “Dia tidak pernah sesuai untuk jawatan (PM). Dia telah bertanggungjawab atas pembohongan, skandal dan penipuan dalam skala besar dan semua orang yang terlibat harus berasa malu.”
Pengkritik PM telah mencadangkan sebarang percubaan untuk kekal sehingga musim luruh harus dihalang.
Lord Barwell, yang berkhidmat sebagai ketua kakitangan Theresa May, berkata pemilihan kepimpinan mesti cepat dan terdapat persoalan sama ada PM akan dapat memimpin kerajaan sementara dalam masa yang sama, adakah cukup para menteri bersetuju untuk meneruskan khidmat di bawahnya.
Dominic Cummings, yang dahulunya orang kanan Boris Johnson tetapi kini salah seorang pengkritiknya yang paling kuat, berkata Perdana Menteri akan membuang para menteri beramai-ramai jika beliau dibenarkan kekal dalam kedudukannya itu lagi dan mencadangkan Dominic Raab untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri sementara .
(Dominic Raab – Timbalan Perdana Menteri)
Beliau mencadangkan agar Kabinet memberi kata dua kepada Boris Johnson dan memberitahunya bahawa jika beliau masih tidak mahu pergi, Ratu Elizabeth akan melantik Timbalan Perdana Menteri Raab atau “polis akan mengiringi Boris dari Downing Street”.