spot_img
spot_img

Kompleks RM6 juta untuk sukan digital di Ketereh

spot_img

KOTA BHARU (3 Julai): Kompleks serba guna berkonsepkan sukan digital yang bernilai RM6 juta akan dibina di Ketereh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata rundingan sedang berjalan, dan sudah di peringkat akhir, mengenai pembelian tapak seluas 23 hektar, bernilai RM10 juta untuk projek itu.

Wawasan kompleks ittu adalah untuk mempunyai  elemen digital dengan pencahayaan serta sistem bunyi berteknologi tinggi, menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh. Ia seumpamanya di Malaysia.

- Advertisement -

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata negara masih belum mempunyai kompleks seperti itu.

Ia juga menyediakan kemudahan untuk gelanggang silat, seni batik dan kraftangan sebagai tarikan tambahan. Kompleks tersebut akan dibina secara berperingkat.

Annuar mendapat idea tersebut apabila ke Sarawak, di mana di sana terdapat Kampung Budaya Sarawak yang menggambarkan sebagai pusat kebudayaan dan kesenian mereka. Jadi dengan keunikan yang sama pada negeri Kelantan, konsep yang sama perlu ditubuhkan melalui inisiatif penajaan dan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img