spot_img
spot_img

Bersatu mahu jawatan TPM seperti dijanjikan

spot_img

Pagoh 4 Julai : Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) amat relevan dengan situasi semasa negara. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Armada (Pemuda) Bersatu Johor, Muhd Shamsuddin Paijan berkata, dalam suasana negara yang turut dipengaruhi peristiwa dunia sekarang, Perdana Menteri memerlukan bantuan dari seorang Timbalan Perdana Menteri dari segi tugasan dan  tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Shamsuddin tidak menyarankan kepada rombakan kabinet, tetapi cukup dengan hanya melantik TPM bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan seperti memastikan semua program untuk memulihkan sosioekonomi, kos barangan, dan mensejahterakan rakyat menerusi inisiatif pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19 dapat dicapai.

Kenyataan dari Bersatu ini muncul selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Perdana Menteri supaya tidak melayan tuntutan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menuntut lantikan Timbalan Perdana Menteri  serta menteri dari gabungan Perikatan Nasional (PN).

Shamsuddin dengan tegas mengulang apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini bahawa kuota jawatan dalam Kabinet yang diberi kepada PN adalah hak mutlak PN dan sewajarnya PM, di mana turut mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen PN, segera membuat lantikan tersebut. Ini kerana semuanya telah dipersetujui awal sebelum perlantikan Ismail Sabri sebagai PM bersama Presiden Bersatu itu.
Beliau bersama pimpinan Armada (Pemuda) Bersatu Johor menempelak Najib supaya tidak lagi menjadi ‘gila kuasa’ dengan mengganggu kerajaan PN yang kini memerintah bersama BN.  Armada Johor juga menyokong usaha yang dilakukan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan wajar ianya dikembangkan ke seluruh negeri-negeri supaya ianya lebih fokus.
- Advertisement -

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img