PENAMPANG, 2 Julai — Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Justeru, timbalan presiden Umno itu berkata pandangan individu tertentu yang menyalahi dasar itu tidak mewakili pandangan Umno atau BN secara keseluruhannya.
Beliau juga menegaskan Umno dan BN berikrar sokongan ikhlas mereka kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri negara, sambil menambah tiada pihak dalam parti atau gabungan itu melancarkan serangan ke atas kepimpinan Ismail Sabri. Poster boy BN pada PRU15 juga adalah Ismail Sabri supaya parti berada dalam keadaan tenang sebelum kita menghadapi pilihan raya.
Mohamad Hasan berkata dakwaan satu atau dua individu berkenaan dalaman parti tidak boleh dilihat sebagai dasar parti. Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.
“Lagipun, slogan BN ialah kestabilan demi kemakmuran,” katanya
Foto : Bernama